Connect with us

Kisah

Seorang Artis Seni Tatu Di Thailand Mendedahkan Bahawa Dia Tinggal Bersama Lapan Orang Isteri Mudanya Dalam Sebuah Rumah, Sorot Memperkenalkan Setiap Seorang Isterinya Dan Menceritakan Mengenai Cara Mereka Bertemu

Published

on

wegfewg

Seorang Artis Seni Tatu Di Thailand Mendedahkan Bahawa Dia Tinggal Bersama Lapan Orang Isteri Mudanya Dalam Sebuah Rumah, Sorot Memperkenalkan Setiap Seorang Isterinya Dan Menceritakan Mengenai Cara Mereka Bertemu

Seorang artis seni tatu di Thailand menarik perhatian pengguna laman sosial selepas berkahwin dan tinggal bersama lapan isteri mudanya yang sangat mesra antara satu sama lain dan menganggap diri mereka sebagai sebuah keluarga besar dalam sebuah rumah.

Status perkahwinan lelaki bernama Ong Dam Sorot itu didedahkan ketika dia menghadiri satu temu bual yang diacarakan oleh seorang pelawak Thailand.

Sorot dikatakan berkahwin dan tinggal bersama kelapan-lapan isterinya dibawah satu bumbung yang menganggap diri mereka sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Menerusi rancangan yang sehingga kini mencecah tiga juta tontonan di Youtube itu, Sorot memperkenalkan setiap seorang isterinya dan bercakap mengenai cara mereka bertemu.

8isteri1 698x400 1

Kesemua isterinya menyifatkan suami mereka sebagai lelaki paling baik dan paling bertimbang rasa di dunia. Isteri-isterinya juga mengaku bergaul dengan baik sesama mereka.

Lelaki itu bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya lalu dengan cepat meminta untuk dikahwinkan. Isteri kedua, Nong L bertemu dengannya di pasar, manakala isteri ketiga Nong Nan pula di hospital.

Sorot bertemu dengan isteri keempat, kelima dan keenamnya menerusi media sosial iaitu masing-masing di Instagram, Facebook dan TikTok. Isteri ketujuh, Nong Film pula ditemui semasa melawat kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan isteri kelapan, Nong Mai bertemu dengannya ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat isterinya.

Dua daripada isterinya kini hamil dan dia sudah memiliki seorang anak lelaki daripada isteri pertamanya. Lapan isterinya tidur di dalam empat bilik tidur dengan dua orang dibahagikan dalam setiap satu bilik.

8isteri

Kesemua isterinya dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menunggu suami mereka bergilir tidur di dalam empat bilik tidur tersebut.

Sumber : K! Online

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.