Connect with us

Kisah

Selepas 3 Hari Bertarung Nyawa, Penjaga Gol Pasukan Tornado FC Pekanbaru Mening_gal Akibat Tempurvng Kepala Ret4k Ketika Beraksi Di Padang

Published

on

Selepas 3 Hari Bertarung Nyawa, Penjaga Gol Pasukan Tornado FC Pekanbaru Mening_gal Akibat Tempurvng Kepala Ret4k Ketika Beraksi Di Padang

Selepas 3 hari bertarung nyawa akibat tempurung kepala ret4k, Taufik Ramsyah penjaga gol pasukan bola sepak Tornado FC Pekanbaru, Indonesia telah menghembuskan nafas terakhir pada (22 Disember 2021).

Alami kecederaan di kepala


Memetik laporan Sport Detik, Taufik Ramsyah dipercayai rebah dan tidak sedarkan diri selepas bertem bung dengan pasukan lawan, Wahana FC dalam perlawanan ‘Liga 3 Asprov PSSI Riau 2021’ yang berlangsung di Stadium Universiti Riau pada Sabtu lalu. Menurut sumber, insiden tersebut berlaku pada minit ke 40 dimana pasukan lawan cuba menjaringkan gol kemenangan setelah mata terikat 1-1 sementara Taufik berusaha mempertahankan gawang pasukannya.

Namun malang tidak berbau, keadaan pada ketika itu mula menjadi panik selepas berlakunya kem4langan sehingga menyebabkan Taufik tidak sedarkan diri. Taufik kemudian dikejarkan ke hospital menaiki ambulans sementara permainan masih diteruskan dengan digantikan dengan pemain simpanan.

Rakan sepasukan berduka


Hasil laporan CT Scan mengesahkan Taufik mengalami keceder4an serius dimana tempu.rung kepalanya ret4k. Difahamkan, Taufik yang baru berusia 20 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas 3 hari berada dalam keadaan k0ma. Lebih meruntun hati apabila mengetahui Taufik tidak sempat menjalani pembed4han di kepala.

Tak dinafikan, berita pemergian Taufik mengejutkan ramai dan ianya disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat dunia bola sepak Indonesia. Berduka dengan pemain yang cukup berbakat itu, rakan sepasukannya turut datang menziarahi dan membawa jersey bernombor 1 lalu diletakkan di atas kubvr Taufik.

Sumber: CNN Indonesia, Sport Detik / ohbulan

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!