Kisah
Sekumpulan Doktor Bingung, Bagaimana Seorang Lelaki Secara Tidak Sengaja Tertelan Gelas Sebesar Itu Ketika Minum Teh

Sekumpulan Doktor Bingung, Bagaimana Seorang Lelaki Secara Tidak Sengaja Tertelan Gelas Sebesar Itu Ketika Minum Teh
Sekumpulan doktor di hospital berdepan dengan keadaan yang amat sukar dijelaskan dan membuatkan mereka semua bingung. Hal ini kerana seorang lelaki yang datang ke hospital didapati telah menelan sebuah gelas masuk ke dalam perutnya.
Menurut cerita lelaki berusia 55 tahun berkenaan, insiden tersebut berlaku ketika dia sedang minum teh dan secara tidak sengaja tertelan gelas yang digunakannya.
Akibatnya, lelaki ini akhirnya terpaksa menerima rawatan di hospital swasta di Madipur, Bihar, India.
Pada mulanya, lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital kerana sakit perut yang teruk dan sembelit. Namun ketika doktor membuat pemeriksaan ujian ultrabunyi dan sinar-X terhadapnya, mereka telah mendapati berlaku ‘gangguan serius’ dalam usus dan mendapati puncanya adalah disebabkan sebuah gelas kaca.
Pakar bedah cuba mengeluarkan gelas tersebut dari bahagian rektum lelaki berkenaan menerusi prosedur endoskopik, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, gelas tersebut terpaksa dikeluarkan dari perut pesakit melalui pembedahan.
Meskipun lelaki tersebut mengaku tertelan gelas berkenaan, namun para doktor dan pakar masih tertanya-tanya bagaimana gelas sebesar itu boleh ditelan masuk melalui mulut.
Lelaki berkenaan bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas gelas berjaya dikeluarkan oleh doktor dari dalam perutnya.
Sumber; arenagempak
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah