Connect with us

Kisah

Sejak Umurnya 10 Tahun, Kami Telah Menhantarnya Ke Mesir Untuk Menghafaz Al-Quran, Sebelum ‘Pergi’ Menghadap Ilahi, Pemuda Ini Sempat Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Published

on

tdfyv

Sejak Umurnya 10 Tahun, Kami Telah Menhantarnya Ke Mesir Untuk Menghafaz Al-Quran, Sebelum ‘Pergi’ Menghadap Ilahi, Pemuda Ini Sempat Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Setiap dari kita pasti mengimpikan pengakhiran hidup didunia dalam keadaan husnul khotimah.
Begitulah kisah pergakhiran seorang lelaki Allahyarham Muhammad Fadhli Bin Muhammad Idris yang mend3rita penyakit buah pinggang yang dicemburui oleh setiap dari kita.

Semoga roh anakanda kami bahagia di Raudhatul Sakinah

Menerusi perkongsian ibu Allahyarham di laman Facebook Nor Anisah, beliau menceritakan perjalanan terakhir anakanda tercinta sebelum menghembuskan nafas terakhir.

kematian yang dicemburui5

Terima kasih semua atas ucapan, doa dan sumbangan

“Sebelum memulakan luahan rasa hati yang masih sen du dan sa yu ini, ingin saya menghulurkan rasa penghargaan kepada saudara mara jauh dan dekat, taulan, rakan, sahabat. Malah wajah-wajah asing yang pertama kali bersua atas ucapan, kata-kata dan doa malah sumbangan yang melimpah sehingga sekarang ini kerana pemergian anakanda kami yang kami kasihi dunia akhirat”.

Anakanda kami menemui Ilahi pada 8 November 2020

“MUHAMMAD FADHLI BIN MUHAMMAD IDRIS yang menemui Ilahi pada hari Isnin 22 Rabiul Awal 1442 bersamaan hari Ahad 8 November 2020 setelah masuk waktu Maghrib jam 7.19 malam. Ramai yang terkejut dengan pemergian tiba-tiba ini dan masing-masing ingin mengetahui cerita sebenar, apa dan bila berlaku dan pelbagai soalan yang membuat mereka semua terpinga-pinga”.

kematian yang dicemburui

Tidak menyangka anakanda kami dipanggil dengan mudah dan cepat. “Bagi menghormati semua pertanyaan, di sini diceritakan satu persatu supaya jelas. “Bukannya kami menyembunyikan apa-apa pun malah kami sendiri tidak menyangka anakanda kami dipanggil Allah swt dengan mudah dan cepat”.

Umur 10 tahun, kami hantar ke Mesir menghafaz Al-Quran

“Anak kami ini adalah yang kedua daripada enam beradik dilahirkan di Bentong, Pahang pada 30 Januari 1989 bersamaan hari Isnin 22 Jamadil Akhir 1409 Hijriah.Sejak umurnya 10 tahun, dia dan adik beradiknya yang lain telah kami hantarkan ke Mesir untuk menghafaz al-Quran”.

Anak ini selesai hafazan 30 juzuk pada umur 12 tahun

“Dia telah tamat hafazan 30 juzuk nya pada tahun 2001 di Maahad Fouad Khamis Azhari, di Aysir min Ramadhan, Mesir. Anak ini mempunyai kemampuan hafazan yang mengkagumkan malah guru tahfiznya pernah menceritakan yang dia pernah menghafaz 6 muka surat pada satu waktu tasmi’ dengan lancar dan Alhamdulillah dia telah selesai hafazan 30 juzuk pada umurnya 12 tahun”.

Dia menyambung persekolahan di Maahad Al-Ummah Chemor

kematian yang dicemburui1

“Seterusnya setelah tamat hafazan dan balik ke Malaysia, dia telah menyambung persekolahan menengah pula di Maahad Al-Ummah Chemor dan SMK Jelapang Jaya”. Kemudian pengajian tingginya dalam Diploma Syariah di Kolej Universiti Sultan Ahmad Shah, Kuantan serta peringkat ijazah di Universitas Islam Ar-Raniry Banda Aceh”.

Ketika di Aceh, dia j4tuh s4kit

“Ketika di Aceh, dia telah j4tuh s4kit dan dibawa balik ke Ipoh untuk pemeriksaan dan rawatan”. Hasil pemeriksaan di dapati beliau telah mengalami masalah sindrom nephr0tic di mana buah pinggang menghadapi sedikit m4salah”. Kehidupannya berjalan seperti biasa dan peny4kitnya datang semula

“Namun kehidupanya berjalan seperti biasa dan dia telah menyambung kursus ijazah dalam Diploma Lanjutan bidang Islamic Jurispudence di UIA”. Peny4kitnya k4mbuh semula semasa dia sedang menghadapi peperiksaan akhir di UlA menyebabkan dia tertinggal dua kertas ujian”.

Ketika di USIM, kesihatannya tidak begitu st4bil

“Seterusnya setelah diberi kata-kata motivasi, dia cuba menyambung semula pengajian di USIM”. Namun kesihatannya yang tidak begitu st4bil menyebabkan dia tidak hadir ke peperiksaan semester 2 di USIM”.

Hujung September kesihatannya mer0sot

“Sehingga waktu tersebut, dia masih stabil dan mampu menjalani kehidupan seperti sedia kala walaupun agak terbatas”. Namun menjelang hujung September, kesihatannya agak mer0sot kerana telah mula menjej4skan j4ntungnya dan rawatan terakhir nya ialah di IJN”.

Pulang dari IJN dan meneruskan rawatan di rumah

“Dia telah dibenarkan keluar dari IJN pada 28 Oktober yang lalu untuk meneruskan rawatan di rumah”. Keadaannya baik, stabil dan dapat berkomunikasi dengan baik dan berjalan dengan menggunakan sedikit sokongan”. Kami sekeluarga diberi peluang bersamanya di saat akhir usianya

“Syukur kepada Allah swt kerana rupanya kami anak beranak diberi peluang bersama dengannya disaat akhir usianya walaupun kami tidak menyedari bahawa memang itulah saat-saat terakhir yang Allah berikan”. Kami masih optimis bahawa keadaan akan bertambah baik dan pelbagai usaha di jalankan bagi mencari jalan keluar kepada penyembuhannya”.

Dia sering menyatakan kek3salan kerana kurang membahagiakan ummi dan abah

kematian yang dicemburui2

“Dalam baki waktu yang ada, kami diberi peluang untuk saling bermuhasabah, saling bermaafan dan sebagai seorang ibu, ini masanya saya memberi kata semangat untuk menghadapi saat-saat akhir untuk bertemu Allah swt”. Dia sering menyatakan kekesalannya kerana kurang dapat membahagiakan ummi dan abah”.

Beberapa kali memohon maaf dan mencuim pipi ummi t4kut tak sempat lagi

“Beberapa kali dia memohon maaf dan mencium pipi ummi kerana t4kut tidak sempat lagi”. Bertubi-tubi dicium pipi ummi dan berasa sangat senang dan bahagia dapat bersama ummi, katanya”.

Penuh mengharap dapat bersama keluarga, isteri dan anak comelnya

“Sebagai ibu, saya mengampuni segala d0sanya dan redha terhadapnya. Saya mendoakan agar Allah swt merahmatinya dunia dan akhiratnya dan mengangkat peny4kit yang sedang di hadapinya”.

kematian yang dicemburui3

“Kami menangis bersama-sama dan hati ini sangat belas melihat anak yang dilahirkan ini mend3rita tetapi penuh mengharap untuk sembuh supaya dapat bersama Ummi Abah dan isteri Nurnadeeya serta anak comelnya Elmawaddah yang hanya berusia 3 tahun”.

kematian yang dicemburui4

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Fadhli Bin Muhammad Idris, semoga keluarga diberikan ketabahan dengan ujian ini.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending