Kisah
Sebuah keluarga terpaksa memberikan air rebusan beras bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan kerana tidak cukup wang bagi membeli susu
Sebuah keluarga terpaksa memberikan air rebusan beras bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan kerana tidak cukup wang bagi membeli susu
Bukan semua ibu bapa mampu memberikan kemewahan buat anak-anak. Malah lebih menyedihkan ada yang tak mampu menyediakan keperluan disebabkan kesempitan hidup.
kisah yang dik0ngsikan oleh Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu ini yang sangat menyayat hati sepanjang menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut mereka, ada sebuah keluarga terpaksa memberikan air rebusan beras bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.
Menurut Setiausahanya, Muhammad Syariezal Ab Rashid berkata, terdapat banyak pengalaman pahit manis ditempuhi pihaknya sepanjang menghantar bantuan.
“Ada keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan.
“Ada juga yang memberi susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya lagi, kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan terutama susu dan lampin pakai buang.
“Apabila kita hantar susu dan lampin pakai buang, berlinang air mata mereka. Ada yang memeIuk erat susu yang baru diberikan.
“Ternyata banyak keluarga yang terkesan sepenuhnya akibat pandemik ini.
“Ada juga yang memberitahu mereka kini tiada lagi wang simpanan di bank untuk dibelanjakan, malah ada juga yang telah dibuang kerja,” ujarnya.
“Kami bergerak sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik C0VID-19 di Terengganu,” jelasnya lagi.
Sehingga kini, seramai 4,000 keluarga yang dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.
Sumber: Yoy Network
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.