Connect with us

INFO

Amaran! Scammer Cara Baru Daripada China, Menggunakan Teknik COD/Dapat Barang Baru Bayar

Published

on

Amaran! Scammer Cara Baru Daripada China, Menggunakan Teknik COD/Dapat Barang Baru Bayar

Terbaru kini, Ramai rakyat pembeli di Malaysia terkena dengan teknik scaammer daripada China yang menjual barang-barang mengunakan teknik COD (dapat barang baru bayar). Ramai sebenarnya akan percaya seller takkan Seller menipu sebab dapat barang dulu baru bayar kan.

Sebenarnya modus operandi mereka akan jual sesuatu barang pada harga tak masuk akal seperti gadget, phone, laptop dan sebagainya. Contohnya harga pasaran tablet RM800 tapi mereka hanya jual pada harga RM300.

Mereka akan mengunakan company DHL atau Ninja Van untuk menghantar barangan mereka. Pembeli perlu membayar dahulu sebelum mereka dapat membuka parcel mereka.

Dan apabila mereka membuka parcel tersebut, saat inilah kita akan rasa tertipu. Macam saya order laptop touch screen tapi hanya dapat plastik game demo set yang hanya untuk display je. Bila saya jumpa balik dengan rider DHL tu mereka pun tak dapat buat apa sebab dah klik Successful Delivered.

Bila saya pergi balik ke page tersebut rupanya ramai yang tertipu, ada yang dapat keyboard bodoh je. Ada yang dapat plastik hiasan dan paling best selepas 3, 4 minit kita komen pasal penipuan, mereka terus delete komen kita dan akan disable page pada hari itu juga.

Walaubagaimanapun, mereka akan membuat beribu page lagi dan menggunakan iklan di FB untuk mencari pelanggan.

Mereka langsung tidak memberikan nombor contact atau email untuk kita hubungi. Hanya ada email daripada company DPE Logistic iaitu company Delivery daripada China. Jadi sampai kita mati pun kita takkan tahu siapa, di mana dan berapa ramai sudah menjadi mangsa mereka. Jadi hati-hati lah kalau ada jualan murah tak masuk akal.

Majalah ilmu: Berwaspada lah dimana jua pada masa kini. Sangat banyak berlaku jenayah di malaysia mahupun luar negara. Lagi-lagi pada masa sekarang zaman pand3mik. Kita faham ramai orang susah tapi jangan lakukan perkara terkutuk yang lebih menyusahkan orang lain.

Sumber: La Dolce Niza / rumahpanjai

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!