SEMASA
Satu Keluarga Terpaksa Mendiami Rumah Yang Sangat Daif Dan Usang Yang Hanya Menunggu Masa Untuk Roboh Menyembah Bumi
Satu Keluarga Terpaksa Mendiami Rumah Yang Sangat Daif Dan Usang Yang Hanya Menunggu Masa Untuk Roboh Menyembah Bumi
Masih ada keluarga yang menjadikan teratak usang sebagai tempat tinggal mereka. Memetik artikel yang dikeluarkan oleh Astro Awani, satu keluarga di Kampung Jemari Baru, Mersing Johor terpaksa mendiami rumah yang sangat daif yang hanya menunggu masa untuk roboh menyembah bumi.
Sebagai ketua keluarga Paezal Zulkepri 41 tahun telah berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila gerai makanan yang diusahakan terpaksa ditutup sepenuhnya akibat terkesan dengan Pandemik Covid-19 yang melanda.
Selain mengambil upah melakukan kerja kerja kampung, Paezal kini bergantung kepada hasil jualan cendawan busut yang diusahakan beliau secara kecil kecilan. Namun hasilnya sekarang cukup makan kerana cendawan busut tumbuh mengikut musim ditambah dengan permintaan yang tidak menentu.
Walaupun hidup dalam kemiskinan namun Paezal tetap bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang memahami. Ada diantara anak-anak beliau yang ringan tulang sanggup membantu menjual cendawan dari rumah ke rumah pada sebelah malam.
Paezal berkata beliau tidak mengharapkan sumbangan dari orang ramai namun dia tidak menolak sekiranya ada pihak yang sudi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Tambah Paezal selagi teratak usang itu masih mampu bertahan ia akan menjadi tempat untuk mereka enam beranak berteduh.
Semoga ada insan ataupun badan badan kebajikan yang mendengar rintihan keluarga ini dan ada yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka.
Sumber; Astro Awani
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.