SEMASA
Lelaki Maut Selepas Terbabit Dalam Satu Kemalangan Melibatkan Tiga Buah Kenderaan Di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Lelaki Maut Selepas Terbabit Dalam Satu Kemalangan Melibatkan Tiga Buah Kenderaan Di Jalan Tuanku Abdul Rahman
Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan. Kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, berhampiran sebuah pusat beli belah di sini pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Rabu berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi.
Menurutnya, Proton Waja dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dua kenderaan lain.
“Setibanya di lokasi mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja, Perodua Bezza dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.
“Terdapat seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL),” menurut kenyataan tersebut.
Katanya, pemandu Perodua Bezza mengalami cedera ringan manakala pemandu MPV tersebut bersama anak perempuannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes masih dalam siasatan pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
“Pemandu sebuah lagi kereta cedera ringan dan pemandu MPV bersama anak perempuannya tidak cedera,” kata kenyataan itu.
Sumber; sinarharian
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah