Kisah
Satu keluarga pulang ke kampung bagi menyambut hari raya, namun budak lelaki ditinggalkan oleh keluarganya kerana kereta tak muat
Satu keluarga pulang ke kampung bagi menyambut hari raya, namun budak lelaki ditinggalkan oleh keluarganya kerana kereta tak muat
Kena tinggal sebab kereta tak muat
Jangan di lupa pada mereka yang mungkin tidak senasib dengan kita seperti yang dilalui oleh budak lelaki ini.
VIDEO
Menerusi perkongsian Teratai Biru, difahamkan budak itu ditinggalkan oleh keluarganya yang pulang ke kampung kerana kereta tidak muat.
Jika dilihat, kanak-kanak itu duduk sendirian di luar rumah dan hanya tersenyum apabila menyedari gelagatnya sedang dirakam.
“Sampai hati buat anak macam tu”
Hal itu sekaligus menyebabkan warganet tumpang simpati mengenangkan nasibnya dan mempersoalkan tindakan orang tuanya yang sanggup meninggalkan anak sendiri seperti itu.
“Kalau tak muatlah sewalah van atau naik bas” “Macam mana lah boleh terfikir ke situ”
“Aku rela tak beraya”
Tol percuma balik raya
Dalam perkembangan lain Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
Menurut beliau, secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30
lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta di mana jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh Kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
“Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
“Ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri menambah, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara – Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Kata beliau, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.
“Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan
Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama sama orang tersayang.
“Keputusan Kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber
pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi
mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan
berpendapatan rendah.
“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat
bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di
lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini. Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya,” katanya. – MalaysiaGazette
Sumber: TIKTOK @ REDAKSI
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah