Kisah
Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit
Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit
Berkongsi rahsia kejayaannya, Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, juga mengor’bankan masa berhibur pada usia muda untuk melakukan kerja sampingan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.
“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.
“Sehinggakan saya pernah dikatakan ‘gi’la’. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya dilapor portal itu.
Maka tidak hairan kegigihan Syafieqah menular di laman sosial sejak tahun lalu apabila pada usia 24 tahun ketika itu beliau berjaya memiliki rumah teres jenis ‘superlink’ dan kereta mewah Subaru XY.
Ketika itu Syafieqah bekerja di sebuah bank dan dibayar RM1,600 sebulan, namun sikapnya yang berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi faktor kejayaannya.
“Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.
“Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.
“Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.