Connect with us

SEMASA

Sajat Berjaya Daftar Bisnes Di Australia, Tanya Jika Ada Rakyat Malaysia Yang Berminat Untuk Bekerja Dengannya Di Australia

Published

on

sdiubgih

Sajat Berjaya Daftar Bisnes Di Australia, Tanya Jika Ada Rakyat Malaysia Yang Berminat Untuk Bekerja Dengannya Di Australia

Sebelum ini, kecoh di media sosial berkenaan isu lelongan aset usahawan tersebut di Kuala Lumpur. Walaupun terpalit dengan pelbagai jenis kontroversi, Nur Sajat Kamaruzaman usahawan kosmetik, baru-baru ini berjaya melunaskan hasratnya untuk membuka sebuah perniagaan di Australia.

Isu tersebut dilihat tidak menjadi penghalang bagi penyanyi lagu Makhluk Pengg0da itu meluaskan perniagaannya hingga ke negara luar. Perkara itu dinyatakan melalui perkongsiannya di laman Instagram, mengesahkan pendaftaran bisnes bernama Nur Sajat Legacy Cosmetic berjaya direkodkan sebagai perniagaan yang sah, di bawah seksyen 33(8) Akta Pendaftaran Nama Bisnes 2011.

Dalam kemaskini itu, Sajat telah memanjatkan rasa syukurnya, di mana dia telah lama menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan di negara tersebut.

Janji tetap janji uols! Team sajat akan berkepak di Australian. Sajat bersyukur sangat dengan team sajat di Australian”

Menambah ‘perasa’ dalam perkongsian itu, Sajat juga turut bertanya jika ada rakyat Malaysia yang berminat untuk berhijrah dan bekerja dengannya di Australia. Bisnes tersebut dikatakan bakal dibuka seawal bulan April atau Mei tahun ini, sekiranya tidak ada sebarang halangan. Siapa-siapa yang nak kerja dengan Sajat, dah boleh lah standby passport!

22 vert

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi rasa gembira terhadap perkhabaran tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Sajat. Ada juga yang kagum dengan usahawan tersebut yang tidak patah semangat dalam bisnesnya walaupun sering dik3cam oleh netizen berikutan beberapa kontroversinya sebelum ini.

Sumber: lobak merah

Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Trending

    2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.