Connect with us

SEMASA

Abang viva atau Azwan Osman dipanggil APM untuk terima penghargaan, beliau terpilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka

Published

on

Abang viva atau Azwan Osman dipanggil APM untuk terima penghargaan, beliau terpilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka

Rezeki kembali memihak kepada AbangViva atau nama sebenar nya AzwanOsman selepas beliau terpilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

AbangViva sertai APM

Pengarah APM negeri iaitu Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam kenyataan nya memberitahu bahawa pihaknya akan membantu Azwan menjalani latihan penyelamatan yang lebih tersusun dan sistematik dalam menjalankan tugas sukarelawan nanti.

“Jadi kita akan latih beliau mengikuti kursus penyelamatan yang lebih lengkap. Selain itu, beliau akan menjalani latihan supaya apabila turun memberi khidmat di tempat b3ncana, beliau lebih bersedia.” Curthbert.

Latihan dan kursus akan di berikan

Namun begitu, keterbukaan ‘Abang Viva’ untuk mengikuti kursus tersebut bergantung padanya memandangkan beliau juga mempunyai kerjahakiki.

Firman Allah bermaksud: “… Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan mem bawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan)…” (Surah al-Baqarah, ayat 148).

Ajaran Islam amat mementingkan kebaikan serta menyeru umatnya supaya banyak melakukan kebaikan. Malah, Allah SWT menggalakkan setiap hamba-Nya berlumba-lumba melakukan kebaikan.

SUMBER:Sinar Harian/Abang Viva Official

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!