Resepi Viral
Resipi Cara Buat Sambal Telur Yang Sedap, Resipi Dari Arwah Siti Sarah
Resipi Cara Buat Sambal Telur Yang Sedap, Resipi Dari Arwah Siti Sarah
Takda idea nak masak apa? Dan hanya ada telur sahaja di dapur? Jangan risau hidangan sambal telur saja pun dah cukup menyelerakan. Nak lauk sedap kadang-kadang tak perlu masak yang susah.
Jika nak hidangan ringkas ini lagi sedap, boleh ikut perkongsian dari Ameera. Menurut beliau sambal telur ini adalah resipi daripada penyanyi arwah Siti Sarah. Caranya sangat mudah tapi rasanya sedap sangat.
Cara buat sambal telur yang mudah tapi sangat sedap
Sambal telur (ini resipi arwah Siti Sarah). Cara membuat dan bahan bahan ada di setiap gambar. Mudah dan sangat sedap.
1. Tumbuk bahan-bahan ini;
Bawang merah besar 1 biji
Bawang merah kecil 3 biji
Bawang putih 4 ulas
Belacan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi. Boleh saja kalau nak letak lebih bawang. Belacan secukupnya.
3. Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Waktu ini kita tengok, kalau cili terkurang letak lebih sikit. Jangan bagi sambal kita pucat lesi.
4. Letak asam keping, supaya sambal ada rasa masam masam.
5. Kemudian masukkan gula kabong. Selalunya sambil memasak, arwah akan berdoa, yang elok kita ikut.
6. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Jika pakai cili boh, kena letak sedikit air waktu ini. Jika guna cili kisar tak perlu dah sebab waktu blend dah letak air.
7. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan telur satu demi satu dalam kuali. Jangan kacau kacau telur, nanti pecah.
8. Tutup kuali dengan penutup supaya telur masak elok.
9. Kemudian masukkan bawang hiris.
10. Biar sampai masak begini.
Ok dah siap masak sambal telur. Makan dengan nasi panas panas, satu lauk ini saja dah cukup.
Selamat mencuba.
Sumber: Ameera.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah