Connect with us

Petua

Resepi Rempeyek Rangup untuk Kudapan Harian Dijamin Puas Hati!

Published

on

Add a heading 2 1

Resepi Rempeyek Rangup untuk Kudapan Harian Dijamin Puas Hati!

Rempeyek

Rempeyek ni bukan saja sedap dimakan waktu Hari Raya, tapi juga sesuai untuk kudapan harian! Lebih-lebih lagi rempeyek kacang tanah dan ikan bilis yang rangup, memang tak boleh berhenti mengunyah. Kalau digoreng satu balang, dijadikan snek sambil menonton TV dengan keluarga, memang terbaik. Cara membuat rempeyek sedap dan rangup ni senang sangat. Bahan-bahannya pun mudah didapati di kedai runcit biasa. Adunannya juga mudah untuk disesuaikan mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba buat kerepek sendiri guna cara ni. Jangan risau kalau pertama kali tak jadi.

Bahan-bahan:

– 1 kg tepung beras (guna jenama tepung yang anda suka)
– 2 cawan santan pekat
– 1/2 sudu kecil kapur makan (untuk kerangupan)
– 1 biji telur
– Ikan bilis secukupnya
– Kacang tanah secukupnya
– 8 ulas bawang putih (untuk rasa lemak-lemak)
– 3 sudu besar jintan manis
– 3 sudu besar jintan kasar
– 3 sudu besar biji ketumbar
– Garam secukup rasa
– Air secukupnya

Cara membuat:

Rempeyek

1. Jemur kacang tanah untuk kekalkan kerangupan selepas digoreng.
2. Kisar bawang putih, jintan manis, jintan kasar, dan biji ketumbar (kisar secara kering).
3. Ambil bekas kemudian campurkan tepung, bahan yang kisar, santan, kapur makan, telur, garam, dan air. Kacau hingga sebati.
4. Sesuaikan kepekatan adunan. Jika terlalu pekat, tambah air sedikit demi sedikit. Jika terlalu cair, tambah tepung.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
7. Taburkan ikan bilis dan kacang tanah di atas adunan (ikut kuantiti yang anda mahu).

Rempeyek
8. Celupkan acuan dalam minyak yang sudah betul-betul panas.
9. Rempeyek yang menjadi akan tertanggal sendiri dari acuan dan mempunyai ketebalan yang sesuai.
10. Goreng hingga garing dan warna bertukar coklat perang. Angkat dan toskan.
11. Ulang hingga adunan habis, kacau adunan setiap kali sebelum dimasukkan dalam acuan untuk memastikan ia sentiasa sebati.

TIPS PENTING!

– Untuk kerangupan, gorengkan sekeping dua dulu sebagai percubaan. Jika rempeyek terlalu tebal bermakna adunan terlalu pekat, jadi tambah sedikit air. Jika terlalu nipis bermakna adunan terlalu cair oleh itu tambah sedikit tepung.

Buat sendiri rempeyek ni lebih puas hati berbanding beli, sebab kita boleh letak banyak ikan bilis dan kacang tanah, berbanding beli yang kadang-kadang tak puas makan kerana kurang ikan bilis dan kacang. Selamat mencuba dan menikmati rempeyek yang sedap dan rangup!

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.