Petua
Rahsia Berbuah Lebat dan Manis: Dua Jenis Air Semburan untuk Pokok Buah Anda
Rahsia Berbuah Lebat dan Manis: Dua Jenis Air Semburan untuk Pokok Buah Anda
Banyak di antara kita yang menanam pokok buah di sekitar rumah, namun sering kali hasilnya kurang memuaskan . Pokok tidak berbuah lebat, kurang manis, dan banyak yang rosak atau dimakan ulat. Untuk memastikan pokok seperti jambu, mangga, durian, dan lain-lain menghasilkan berbuah lebat dan berkualiti, ada dua jenis air semburan yang boleh dicuba.
Sasya Arisya telah berkongsi bahawa beliau menggunakan dua jenis semburan ini pada pokok jambu yang ditanamnya. Sebelum ini, buah jambu yang dihasilkan kurang lebat dan banyak yang berulat. Namun, selepas menggunakan air baja dan air racun untuk mengelakkan serangga, pokok jambu berbuah lebat dan manis.
Dua Jenis Air Semburan untuk Pokok Buah
1. Semburan untuk Mengelakkan Serangga Perosak dan Lalat Buah
Bahan yang diperlukan:
– 100ml air tembakau
– 3ml cuka kayu
– 5ml sabun pencuci pinggan (jenama apa sahaja)
– Botol spray (boleh dibeli di kedai ECO)
– Penyukat (gunakan penutup ubat yang tidak digunakan lagi)
Cara Membancuh:
– Campurkan semua bahan dan boleh terus digunakan.
– Sembur pada pokok, daun, atau serangga.
– Disarankan untuk menyembur pada waktu petang selepas jam 6 atau malam kerana serangga aktif pada waktu tersebut.
2. Air Baja Yakult
Ini adalah hormon yang membantu pokok berbuah dengan lebat dan sesuai untuk semua jenis tanaman.
Bahan yang diperlukan:
– 2 biji telur
– 1 botol Yakult
– 1 botol mineral (tanpa air, botol sahaja)
Cara Membancuh:
– Pecahkan telur dan masukkan ke dalam botol mineral menggunakan corong. Tambahkan sebotol Yakult.
– Tutup botol dan goncang hingga sebati.
– Sebelum diperam, kempiskan botol dan tutup rapat.
– Peram selama seminggu di tempat bersuhu bilik, elakkan dari cahaya matahari.
Cara Penggunaan:
– Untuk semburan ke pokok, campurkan 2-3 sudu besar air baja ini dengan 20 liter air.
– Untuk siraman ke tanah, campurkan 5 sudu besar air baja dengan 20 liter air.
– Siram atau sembur pada pokok pagi dan petang. Seminggu sekali pun sudah memadai.
Selamat mencuba!
Sumber: Sasya Arisya
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.