Connect with us

Kisah

Putera Turki Terserempak Dengan Seorang lelaki berdiri di tengah jalan kerana keretanya rosak. Lalu Putera Turki Gantikan Serta-Merta Dengan Sebuah Kereta Toyota Hilux ‘fresh’

Avatar of kidin

Published

on

ewaguhwag

Putera Turki Terserempak Dengan Seorang lelaki berdiri di tengah jalan kerana keretanya rosak. Lalu Putera Turki Gantikan Serta-Merta Dengan Sebuah Kereta Toyota Hilux ‘fresh’

efiugorijemh

Pengalaman terkandas di jalan raya akibat kereta rosak pasti tahu betapa runsingnya fikiran mengenangkan kos pembaikan yang perlu ditanggung dan urusan yang perlu diselesaikan. Tapi, kadangkala rezeki Tuhan itu datang tanpa disangka.

Tular kisah seorang lelaki yang dibantu oleh Putera Arab Saudi, Putera Turki bin Talal Al Saudi, ketika keretanya dipandunya rosak di tengah jalan di Mahayel, Asir dan digantikan serta-merta dengan sebuah Toyota Hilux ‘fresh’ dari bilik pameran ihsan daripada bangsawan berhati mulia itu.

5cc6c20ca7ee2 1420Terserempak Putera Arab ketika kereta rosak, terus dapat Toyota Hilux

Menurut laporan Gulf News, Putera Turki ketika itu melalui jalan tersebut dan terlihat seorang lelaki berdiri di tengah jalan kerana keretanya rosak. Putera itu lalu meletakkan kenderaannya di sebelah kenderaan lelaki tersebut dan bertanya sekiranya lelaki itu ada kenderaan lain untuk digunakan.

Seperti kebanyakan rakyat marhaen, lelaki itu berkata tiada kereta lain untuk menggantikan keretanya yang rosak. Seperti rezeki jatuh dari langit, Putera Turki membawa lelaki itu ke pusat jualan berhampiran dan membelikan lelaki malang itu sebuah Toyota Hilux. Putera Turki memberi kunci trak pikap itu kepada lelaki berkenaan dan berkata kereta itu kini sudah jadi milik lelaki tersebut.

Pastinya, dunia perlukan lebih ramai pemimpin yang berhati mulia. Kisah tular itu mengundang pelbagai respon positif dikalangan warganet dan rata-rata memuji kemurahan hati Putera Turki.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.