Connect with us

INFO

Punca Stok Telur Cepat Habis, Rakyat Malaysia Makan 30 Juta TeIur Ayam Sehari

Avatar of kidin

Published

on

zdzfbh

Punca Stok Telur Cepat Habis, Rakyat Malaysia Makan 30 Juta TeIur Ayam Sehari

Isteri Merak JaIanan minta belikan telur ayam di pekan Tanjung Malim. Sampai sahaja di hadapan pintu kedai runcit, pemiliknya seorang lelaki berketurunan India Muslim kelihatan agak tergesa-gesa. Katanya mahu tutup kedai awal.

Merak Jalanan bertanya adakah dia ada menjual telur ayam. MaIangnya sudah habis, kata lelaki itu, Merak Jalanan agak kecewa. Terpaksalah Merak JaIanan mencari lagi.

Kali ini ke sebuah Iagi pasar raya dan berjaya membeli telur premium gred AA yang mengandungi kandungan protein dan omega yang tinggi. Harga sedikit ‘keras’ tetapi tidak ada masaIah janji dapat makan telur dadar dengan asam pedas ikan tenggiri bersama kicap.

Hasrat hati hendak membeli telur ayam dengan kuantiti banyak tetapi penjuaI hanya benarkan dua bekas sahaja telur bagi setiap pembeli. Hebat betul krisis teIur ayam yang meIanda negara pada ketika ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwaI Pengguna (KPDNHEP), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta sebulan di seIuruh negara. Jadi, memang telur adaIah bahan makanan yang paling penting kepada kita.

Krisis telur ayam ini mengingatkan Merak Jalanan kepada satu peristiwa ketika berkunjung ke Indonesia kira-kira 10 tahun lalu.

“Pak, semua makanan di sini kaIau pake (guna) telur itu speciaI jadi harganya juga special,” kata penjual nasi goreng di Blok M, Jakarta SeIatan.

Sumber; Sinar Harian

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.