Connect with us

Pendidikan

Program Matrikulasi 22/23 | Cara Menyemak Keputusan Rayuan & Tarikh -Tarikh Penting

Published

on

Program Matrikulasi

Program Matrikulasi 22/23

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2022 / 2023 kini boleh disemak bermula 16 Julai 2022, Sabtu.


Program Matrikulasi Sesi 2022 / 2023

Program Matrikulasi adalah merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. 

Program Matrikulasi

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan rayuan, tarikh-tarikh penting, dokumen yang perlu dibawa dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuat pengesahan / setuju terima tawaran sekiranya berjaya membuat rayuan. 

BACA JUGA: Menu Keluarga Malaysia | Harga Siling Makanan Di IPT Bermula RM3.50


Semakan Keputusan Permohonan Rayuan

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut:  matrikulasi.moe.gov.my 


Dokumen Yang Perlu Dibawa

Pertama sekali, tahniah kerana berjaya membuat rayuan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2022/2023 bagi ambilan kedua. 

Untuk itu, anda dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan dan seterusnya bawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran. 

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tarikh-Tarikh Penting

PerkaraTarikh 
Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima16-23 Julai 2022
Pendaftaran ke kolej24 / 25 Julai 2022
Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej 16-18 Julai 2022
Keputusan pertukaran22 Julai 2022
Keputusan ambilan 229 Julai 2022
Pendaftaran ke kolej (2) 31 Julai 2022.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila emelkan pertanyaan anda ke alamat email berikut: mohon.matrik@moe.gov.my 

Atau, layari pautan seperti berikut untuk maklumat lanjut: https://matrikulasi.moe.gov.my


Atau, rujuk senarai matrikulasi atau hubungi nombor telefon yang tertera di bawah:-

SENARAI MATRIKULASI

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka

Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Tel:06-3832000

Faks:06-3847190

Emel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my

 Web:http://www.kmm.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tel:06-4841825

Faks:06-4841821

Emel:info[@]kmns.matrik.edu.my

Web:http://www.kmns.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tel:04-5756090

Faks:04-5757389

Emel:info[@]kmpp.matrik.edu.my

Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Perlis

Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis.

Tel:04-9868613, 04-9868614, 

04-9868615, 04-9868616

Faks:04-9868542, 04-9868543

Emel:info[@]kmp.matrik.edu.my

Web:http://www.kmp.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Labuan

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan.

Tel:087-465311, 087-465314

Faks:087-466500

Emel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my

 Web:http://www.kml.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Johor

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor.

Tel:06-9781613

Faks:06-9781595

Emel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my

Web:http://www.kmj.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Perak

Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak.

Tel:05-3594449, 05-3594600

Faks:05-3594412, 05-3594413

Emel:info[@]kmpk.matrik.edu.my

Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kedah

Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah.

Tel:04-9286100

Faks:04-9242186

Emel:info[@]kmk.matrik.edu.my

Web:http://www.kmk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Pahang

Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang.

Tel:09-5495000

Faks:09-5499612, 09-5498996

Emel:info[@]kmph.matrik.edu.my

Web:http://www.kmph.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.

Tel:04-4682508

Faks:04-4682281

Emel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my

Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Kementerian Pendidikan Malaysia,  26400 Bandar Jengka, Pahang.

Tel:09-4677103

Faks:09-4677102

Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.

Tel:07-6881629, 07-6881630

Faks:07-6881631, 07-6882720

Emel:info[@]kmtj.matrik.edu.my

Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Selangor

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor.

Tel:03-31201410

Faks:03-31201372

Emel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my

Web:http://www.kms.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kelantan

Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan.

Tel:09-7808000

Faks:09-7808080

Emel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my

 Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Sarawak

Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.

Tel:082-439100

Faks:082-433108

Emel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my

 Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my

Kolej MARA Kulim

Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah.

Tel:04-4906422

Faks:04-4906426

Emel:info[@]kmkulim.edu.my

Web:http://www.kmkulim.edu.my

Kolej MARA Kuala Nerang

Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

Tel:04-7867250, 04-7867255

Faks:04-7867254

Emel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my

Web:http://www.kmkn.edu.my

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Kini Boleh Bertutur Bahasa Melayu

Published

on

pasti

CHA’AH, SEGAMAT — Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok menjadi tular selepas beliau menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Cha’ah, Johor.

Wanita tersebut, yang menggunakan akaun TikTok @joeychan427, berkongsi bagaimana keputusan itu dibuat bukan kerana faktor agama, tetapi kerana lokasi yang dekat, suasana mesra kanak-kanak dan layanan guru yang penuh kasih sayang.

Anaknya yang dikenali sebagai Kangkang, berusia dua tahun setengah ketika itu, ditempatkan sementara di PASTI ketika mereka pulang dari Perak ke Johor bagi menguruskan hal keluarga.

“Tadika ini nampak sangat menarik, cikgu-cikgunya baik dan mesra. Jadi saya letakkan Kangkang belajar di sini,” tulisnya dalam satu hantaran.

Terima Kecaman, Namun Tetap Berfikiran Terbuka

Menurut ibu tersebut, tidak semua pihak bersetuju dengan keputusannya. Ada yang menghantar mesej negatif kerana menghantar anak ke tadika berteraskan Islam.

Namun, beliau memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

“Dulu saya sendiri satu-satunya pelajar Cina dalam kelas semasa belajar Form 6 di Cha’ah. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia,” katanya.

keluarga pasti

Perkembangan Positif Dalam Tempoh 3 Bulan

Selepas tiga bulan di PASTI, Kangkang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia kini sudah boleh menyebut perkataan asas dalam Bahasa Melayu seperti:

  • “Ibu”

  • “Duduk”

  • Nombor “satu, tiga, empat”

Malah, kadangkala Kangkang turut menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.

Perkara itu membuatkan ibunya terharu, apatah lagi apabila menerima ratusan komen positif daripada netizen yang menyokong tindakannya.

“Saya baca semua komen walaupun tak sempat balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik,” katanya.

Hantar Anak Ke PASTI,

Akan Kembali Ke Perak, Namun PASTI Tetap Di Hati

Kangkang dijadualkan pulang ke Perak pada Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala ibunya akan kembali bekerja sebagai guru bermula Mac.

Namun, beliau berjanji akan terus menziarahi tadika tersebut setiap kali pulang ke Cha’ah.

“Saya akan rindu tadika pertama Kangkang. Bila balik Cha’ah nanti, saya pasti bawa dia jumpa cikgu dan kawan-kawan PASTI.”

Bukti Perpaduan Bermula Dari Pendidikan Awal

Kisah ini menjadi contoh bahawa perpaduan tidak hanya dibina melalui slogan, tetapi melalui pengalaman dan pendedahan sejak kecil.

Apabila kanak-kanak diajar untuk mengenali budaya berbeza dalam suasana harmoni, ia bukan sahaja menguatkan bahasa dan komunikasi, malah menyemai nilai toleransi yang menjadi asas sebuah negara majmuk.

Sumber: TikTok @joeychan427
Disunting oleh: Majalah Ilmu

Continue Reading

Pendidikan

Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Published

on

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Intipati Baharu Dasar Pendidikan Negara

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila kerajaan mengumumkan pelarasan umur kemasukan murid ke alam persekolahan. Bermula tahun 2027, pendidikan prasekolah dicadangkan bermula pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun. Langkah ini dilihat sebagai usaha menyusun semula asas pendidikan awal kanak-kanak agar lebih selari dengan keperluan perkembangan dan pembelajaran mereka.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semasa Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035. Beliau menegaskan bahawa perubahan ini tidak dilaksanakan secara paksaan pada peringkat awal, sebaliknya memberi ruang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan warga pendidik untuk membuat persediaan rapi sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat nasional.

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Penstrukturan Semula Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pelarasan umur ini bertujuan memastikan kanak-kanak memasuki alam persekolahan dalam keadaan lebih bersedia dari segi emosi, sosial dan kognitif. Dengan memulakan prasekolah pada usia lima tahun, kanak-kanak diberi pendedahan awal yang lebih tersusun sebelum melangkah ke pendidikan formal di Tahun Satu pada usia enam tahun.

Pendekatan ini juga dijangka dapat mengurangkan tekanan pembelajaran terlalu awal serta memberi peluang kepada guru merancang aktiviti pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap perkembangan murid.

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 merupakan pelan jangka panjang selama 10 tahun yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkukuh sistem pendidikan negara. Pelan ini merangkumi pelbagai aspek penting termasuk penambahbaikan kurikulum, kaedah pentaksiran, latihan guru serta kebajikan warga pendidik.

Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki kemahiran berfikir kritis, nilai murni serta keupayaan menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan.

Perubahan Pentaksiran Berpusat

Selain pelarasan umur kemasukan sekolah, pelan ini turut memperkenalkan sistem pentaksiran berpusat bagi murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga. Bagi murid Tahun Empat, pelaksanaan pentaksiran berpusat akan bermula pada tahun 2026, melibatkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Langkah ini bertujuan memastikan tahap penguasaan asas murid dapat diukur secara lebih menyeluruh dan seragam di seluruh negara, sekali gus membantu pihak sekolah merancang intervensi pembelajaran yang lebih berkesan.

Ke Arah Sistem Pendidikan Lebih Seimbang

Secara keseluruhan, perubahan yang diperkenalkan melalui Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 mencerminkan usaha kerajaan untuk membina sistem pendidikan yang lebih seimbang, inklusif dan berpaksikan perkembangan murid. Dengan penstrukturan semula pendidikan prasekolah serta penambahbaikan pentaksiran, negara diharapkan mampu melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia menghadapi realiti dunia masa hadapan.

sumber

Baca lagi : Dr Sheikh Muszaphar Dedahkan ‘Rahsia’ Anak Jadi Pelajar Cemerlang, Sejak Darjah 1 Raih Nombor 1 Dan Kini Dapat 10A – Majalah Ilmu

Continue Reading

Keluarga

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Published

on

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.

Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.

Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.


Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan

Asas komunikasi bermula di sini

Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.

Ciri perkembangan normal:

  • Senyum sebagai tindak balas

  • Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”

  • Senyap atau senyum apabila diajak bercakap

  • Mengenali suara ibu dan ayah

  • Tangisan berbeza mengikut keperluan

Tips rangsangan:

  • Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi

  • Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi

  • Usap dan sikat rambut sambil menyusu

  • Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian

  • Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi

  • Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu

Cara Merangsang Percakapan Bayi


Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan

Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri

Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.

Ciri perkembangan normal:

  • Ketawa dengan bunyi

  • “Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”

  • Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara

  • Memandang ke arah bunyi

  • Mengenali mainan berbunyi

  • Fokus kepada muzik

Tips rangsangan:

  • Kerap ketawa dan berbual bersama bayi

  • Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami

  • Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)

  • Panggil nama bayi dari arah berbeza

  • Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya

  • Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan

Baca lagi : Bayi yang berada dalam posisi songsang terpaksa dilahirkan secara normal, namun tragisnya, kepala bayi ‘tercicir’ dalam rahim ibunya – Majalah Ilmu


Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan

Dari bunyi ke perkataan pertama

Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.

Ciri perkembangan normal:

  • Meniru bunyi

  • Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)

  • Faham arahan mudah seperti “datang sini”

  • Mengenali objek biasa seperti botol susu

  • Bergerak ke arah bunyi

  • Menggabungkan vokal dan konsonan

  • Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”

Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:

  • Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap

  • Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan

  • Panjangkan sebutan suku kata

  • Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut

  • Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan

  • Bersihkan mulut bayi secara berkala

  • Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan

  • Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar

  • Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba

  • Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”

  • Elakkan bercakap pelat dengan anak

  • Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat


Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen

Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.

Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:

  • Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap

  • Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)

  • Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia

Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.

Untitled design 7


Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?

Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.

Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:

  • Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)

  • Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan

Baca lagi : Bayi Perempuan Yang Baru Lahir Ditemui Hidup-hidup Di Dalam Hutan Oleh Orang Kampung, Dipercayai Sudah Dua Hari Berada Di Hutan Itu, Tidak Berbaju Dan Hanya Dibaluti Dengan Daun Pisang – Majalah Ilmu


Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi

Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.

Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja

Continue Reading

Trending