Connect with us

Pendidikan

PPAS | Skim Pinjaman Desktop & Laptop Secara Percuma Untuk Semua!

Published

on

skim pinjaman desktop dan laptop PPAS

Tawaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS)

Berita baik! Anda boleh dapatkan pinjaman desktop dan laptop serta peralatan lain yang berkaitan untuk pembelajaran online secara percuma melalui Skim Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS). 

Permohonan ini dibuka untuk semua rakyat Selangor yang memerlukan.

BACA JUGA: Bantuan Kewangan Untuk Penghafaz Al-Quran 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan


Skim Pinjaman Desktop & Laptop Secara Percuma (PPAS)

skim pinjaman desktop dan laptop PPAS

Program PPAS ini akan mensasarkan pinjaman sebanyak 10 komputer riba dan desktop daripada 50 buah perpustakaan yang terlibat.

Objektif utama skim ini adalah untuk membolehkan orang ramai terutamanya para pelajar menggunakan laptop dan desktop untuk tujuan pembelajaran.


Kelengkapan Lain Yang Ditawarkan

Selain desktop dan laptop, penerima akan turut diberikan kelengkapan komputer seperti berikut: 

  • Pembesar suara
  • Wifi
  • Webcam
  • Perisian Microsoft Office
  • Semua peralatan lain yang diperlukan untuk pembelajaran online

Cara Memohon

Kepada sesiapa yang berminat, anda perlulah membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu. Sila ikut langkah-langkah dibawah:-

  • Sila buat pra-pendaftaran melalui pautan berikut:    

https://docs.google.com/forms/d/1_P8ARda2Uvng0g4LAteibc37ks5ElOYN7ThDvE5mf_8/


edit?usp=drivesdk.

  • Isi semua maklumat pendaftaran peribadi secara lengkap. Kemudian, klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Senarai Perpustakaan Terlibat

50 perpustakaan yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Pustaka Raja Tun Uda
  2. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Pandan Jaya, Hulu Langat
  3. Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Kajang, Hulu Langat
  4. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Udang, Klang
  5. Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Rawang, Gombak
  6. Perpustakaan Awam Selangor Desa Lembah Jaya, Hulu Langat
  7. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Pelek, Sepang
  8. Perpustakaan Awam Selangor Desa Kuang, Petaling
  9. Perpustakaan Awam Selangor Desa Jenjarom, Kuala Langat
  10. Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit Baru, Sabak Bernam
  11. Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit Mahang, Kuala Selangor
  12. Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Merab, Sepang
  13. Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit 14, Sabak Bernam
  14. Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit 8, Sabak Bernam
  15. Perpustakaan Awam Selangor Desa Batu 14, Sabak Bernam
  16. Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Selisek, Hulu Selangor
  17. Perpustakaan Awam Selangor Desa Jenderam Hilir, Sepang
  18. Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg Ahmad Razali, Sepang
  19. Perpustakaan Awam Selangor Desa Sijangkang, Kuala Langat
  20. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sekinchan, Sabak Bernam
  21. Perpustakaan Awam Selangor @PJKita Community Library, Petaling
  22. Perpustakaan Awam Selangor Daerah Gombak
  23. Perpustakaan Awam Selangor Daerah Sabak Bernam
  24. Perpustakaan Awam Selangor Desa Sg Gulang-Gulang, Kuala Selangor
  25. Perpustakaan Awam Selangor Desa Ijok, Kuala Selangor
  26. Perpustakaan Awam Selangor Desa Taman Mawar, Hulu Langat
  27. Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg Binjai Jaya, Sabak Bernam
  28. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Hulu Bernam, Hulu Selangor
  29. Perpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Terap, Sabak Bernam
  30. Perpustakaan Awam Selangor Daerah Kuala Langat
  31. Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Selangor
  32. Perpustakaan Awam Selangor Jeram, Kuala Selangor
  33. Perpustakaan Awam Selangor Bukit Kapar, Klang
  34. Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Langat
  35. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Dataran Sabak, Sabak Bernam
  36. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Bestari Jaya, Kuala Selangor
  37. Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Banting, Sabak Bernam
  38. Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Endah, Kuala Langat
  39. Perpustakaan Awam Selangor Desa Sri Jugra, Kuala Langat
  40. Perpustakaan Awam Komuniti Sri Manja, Petaling Jaya
  41. Perpustakaan Awam Selangor Desa Beranang, Hulu Langat
  42. Perpustakaan Awam Selangor Komuniti Sri Perantau, Klang
  43. Perpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Bangkong, Sepang
  44. Perpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Badong, Kuala Selangor
  45. Perpustakaan Awam Selangor Komuniti Bukit Beruntung, Hulu Selangor
  46. Perpustakaan Awam Selangor Pekan Semenyih, Hulu Langat
  47. Perpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam
  48. Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Pelabuhan Klang, Klang
  49. Perpustakaan Awam Selangor Desa Taman Muhibbah, Sabak Bernam
  50. Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
  51. Pra-Pendaftaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi pihak PPAS di talian 03-5519 7667.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

Prof Norazah, Wanita Malaysia Ini Tersenarai 7 Tahun Berturut-Turut Antara 2% Saintis Terbaik Dunia

Published

on

Saintis Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Nama Malaysia sekali lagi mengharum di pentas antarabangsa apabila Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur diiktiraf sebagai antara dua peratus saintis terbaik dunia selama tujuh tahun berturut-turut, dari 2019 hingga 2025.

Senarai berprestij itu diterbitkan oleh Universiti Stanford dan penerbit akademik Elsevier, yang menilai lebih sembilan juta penyelidik global — namun hanya sekitar 100,000 saintis dipilih berdasarkan impak penyelidikan, petikan karya (citation), indeks-H, dan kepengarangan utama.

Bagi Prof Norazah, pengiktirafan ini bukan hanya kejayaan peribadi, tetapi bukti bahawa penyelidik Malaysia mampu berdiri setaraf dengan saintis antarabangsa.

Saintis Terbaik Dunia

“Apabila saya tahu disenaraikan buat kali ketujuh, saya amat bersyukur. Ia bukan sekadar penghargaan terhadap kerja keras saya, tetapi juga legasi buat UUM dan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Beliau kini berada di kedudukan ke-167 dunia dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan, serta ke-5,173 secara keseluruhan. Dengan lebih 196 artikel diterbitkan dan lebih 5,000 petikan global, beliau mencatat H-Index 39, satu pencapaian luar biasa dalam bidang sains sosial dan pengurusan.

“Untuk kekal dalam senarai ini bukan mudah. Tiada permohonan, tiada pencalonan — semuanya berdasarkan data sebenar. Ia hasil disiplin, konsistensi dan rasa ingin tahu yang tinggi,” jelasnya.

Dilahirkan di Kluang, Johor pada 1977, anak kepada seorang jururawat dan bekas anggota TLDM ini menamatkan pengajian doktor falsafahnya dalam bidang pemasaran dan e-dagang pada usia 29 tahun.

Sejak itu, beliau berkhidmat di beberapa universiti termasuk MMU, UNITEN, UTP, UMS dan kini UUM, di mana beliau memegang jawatan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Hubungan Korporat) di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB).

552764808 1109007108049565 8620140757243313550 n

Pernah menerima Malaysia’s Research Star Award (MRSA) pada 2018, Prof Norazah juga dikenali sebagai penyelia berdedikasi — membantu lebih 100 pelajar menerbitkan artikel berindeks Scopus.

“Saya mahu pelajar saya rasa sendiri pengalaman menjadi penyelidik sejati. Bukan hanya belajar teori, tetapi mencipta ilmu baharu,” katanya.

Di sebalik kejayaan akademik, beliau turut aktif dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai Lt. Kolonel Bersekutu dan kini Timbalan Komandan KorSispa UUM, di mana beliau membimbing mahasiswa dalam semangat patriotisme dan kesukarelawanan.

Ketika pandemik COVID-19, Prof Norazah juga memainkan peranan penting menyelaras operasi Home Surveillance Centre (HSC) di Jitra, Kedah — kerja sukarela yang melayakkannya menerima Pingat Bakti Pertahanan Awam pada 2021.

“Ilmu dan pangkat tidak bermakna jika kita tidak kembali menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Kisah Prof Norazah bukan sekadar tentang kecemerlangan akademik, tetapi juga tentang semangat, disiplin, dan nilai kemanusiaan — membuktikan wanita Malaysia mampu menjadi antara saintis terbaik dunia tanpa perlu berada di makmal sains tulen sekalipun.

Sumber: Bernama

Continue Reading

Pendidikan

Pelajar Miskin Kini Doktor: Abdul Manaf Tunai Janji Kepada Ayah Selepas 6 Tahun Berjuang

Published

on

28925rafi1 1759034756

Pelajar Miskin Kini Doktor: Abdul Manaf Tunai Janji Kepada Ayah Selepas 6 Tahun Berjuang

Dari Impian Kecil ke Realiti

Kuantan, 2025 – Kisah Abdul Manaf Abdul Aziz, anak kampung dari Pekan, sekali lagi membuktikan bahawa kemiskinan bukanlah alasan untuk berhenti bermimpi. Selepas enam tahun berhempas pulas, beliau kini berjaya menggenggam ijazah kedoktoran dan menunaikan janji yang pernah diucapkan kepada ayahnya.

Perjuangan Bermula Dari Bawah

Pada tahun 2019, Harian Metro melaporkan kisahnya sebagai pelajar cemerlang yang memperoleh 10A dalam SPM. Namun, di sebalik keputusan gemilang itu, Abdul Manaf mengakui kehidupannya penuh kesempitan.

“Impian saya mahu jadi doktor walaupun peluang masih samar kerana kemiskinan. Saya bergantung kepada biasiswa untuk sambung pengajian,” katanya ketika berusia 18 tahun.

Pelajar Miskin Kini Doktor

Antara Pengajian & Cabaran Hidup

Bergelar mahasiswa perubatan bukanlah jalan yang mudah. Abdul Manaf perlu berdepan jadual ketat, cabaran kewangan, dan tekanan emosi. Namun, berkat doa ibu bapa serta bantuan pelbagai pihak, beliau melangkah setapak demi setapak hingga akhirnya menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kulliyyah Perubatan.

Janji Kepada Ayah Ditunaikan

Dalam majlis konvokesyen baru-baru ini, Abdul Manaf tidak mampu menyembunyikan rasa syukur. Beliau mengangkat sijil anugerahnya lalu menghadiahkan kepada ayah tercinta, Abdul Aziz Osman.

“Hampir setiap hari selama enam tahun saya pendam cita-cita untuk jadi doktor. Hari ini janji saya pada ayah akhirnya tertunai,” katanya sebak.

Inspirasi Untuk Generasi Muda

Kejayaan Abdul Manaf adalah bukti bahawa ilmu dan tekad mampu menewaskan segala kesempitan. Dari rumah usang di kampung hingga ke pentas konvokesyen, kisah ini menjadi sumber motivasi buat pelajar lain agar tidak mudah menyerah kalah.

Sumber: Metro

 

 

Continue Reading

Pendidikan

Top Student Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI? Netizen Berang, Isu Ini Jadi Viral!

Published

on

Top Student Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI Netizen Berang, Isu Ini Jadi Viral!

Kisah Sebenar

Seorang graduan cemerlang universiti awam – bukan calang-calang, malah penerima Anugerah Naib Canselor – dilaporkan tidak layak menghadiri temuduga guru hanya kerana ukuran BMI melebihi syarat. Pelajar ini membawa pencapaian akademik yang membanggakan, tetapi hasratnya untuk menjadi pendidik tersekat di pintu peraturan fizikal.

@datosyed616 #CapCut ♬ original sound – dsa

Isu Panas

Video di TikTok oleh Dato’ Syed Agil (DSA) menimbulkan perdebatan besar. Beliau mempersoalkan logik di sebalik syarat BMI ini. Katanya, “Ilmu dan keupayaan mengajar sepatutnya jadi keutamaan, bukan angka pada penimbang berat.”

Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI

Reaksi Netizen

Ruang komen di TikTok penuh dengan perdebatan:

  • Ada yang bersetuju BMI penting kerana guru sering naik turun tangga, bergerak aktif, dan perlu sihat untuk tugas berat.

  • Namun ramai yang tidak puas hati: “Yang kurus tak semestinya rajin mengajar, yang besar tak semestinya tak mampu.”

  • Malah ada pelajar IPG kongsi pengalaman sanggup berjoging setiap petang hanya untuk lepasi syarat BMI.

Ditolak Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI

Persoalan Besar

Adakah wajar capaian akademik dan potensi seorang pendidik terhenti hanya kerana BMI? Bukankah lebih baik menilai melalui kesihatan sebenar, stamina, atau kemampuan mengajar – bukan sekadar angka?

Isu ini kini jadi viral di media sosial, mencetuskan perbincangan hangat tentang kriteria kelayakan guru di Malaysia. Ramai berharap KPM akan menilai semula syarat ini supaya tidak ada lagi anak muda cemerlang terpinggir hanya kerana saiz badan.

Sumber : TT

Continue Reading

Trending