Pendidikan
Bantuan Kewangan Untuk Penghafaz Al-Quran 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Skim Bantuan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022
Untuk makluman anda, Baitulmal MAIWP kini menawarkan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran buat penghafaz al-quran yang berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan.
Permohonan ini telah dibuka bermula 18 Julai sehingga 15 Ogos 2022.
Bantuan Kewangan Untuk Penghafaz Al-Quran (MAIWP 2022)
Bantuan Kewangan Untuk Penghafaz Al-Quran ini adalah bertujuan untuk memberi sokongan dan juga galakkan penghafaz Al-Quran yang giat memartabatkan serta menjaga kesucian kitab suci Al-Quran.
Skim bantuan ini dikelolakan dibawah Baitulmal MAIWP.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2022. Sila pastikan anda hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup.
Syarat Permohonan
Para penghafaz perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Islam dan warganegara Malaysia.
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Mampu menghafaz Al-Quran minima 5 juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan dan memahami disiplin ilmu Al-Quran serta isi kandungan secara umum.
- Kategori juzuk yang ditawarkan adalah:
- Juzuk 1-5
- Juzuk 1-10
- Juzuk 1-20
- Juzuk 1-30
NOTA:
- Untuk pemohon kali pertama, pemohon boleh memohon mana-mana kategori juzuk bacaan.
- Bagi pemohon yang tidak pernah menerima bantuan (selain kategori 30 juzuk), permohonan bagi kategori juzuk yang sama tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon akan dinilai oleh panel Tasmi’ MAIWP.
Cara Membuat Permohonan
Untuk memohon, calon boleh memuat turun borang permohonan di laman web MAIWP melalui pautan berikut: https://www.maiwp.gov.my/
Atau, dapatkan borang permohonan melalui:
- Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA).
- Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pendidikan Seksyen IPT di talian berikut 03-40477600 (sambungan 7410/7411/7412/7413/7632)
Atau, layari: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-galakan-hafaz-al-quran
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.