SEMASA
Politeknik & Kolej Komuniti 2022 | Hebahan Semakan Keputusan Kemasukan & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan

HEBAHAN SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK PROGRAM SEPENUH MASA 2022 & CETAKAN SURAT TAWARAN / BORANG JAWAPAN Politeknik & Kolej Komuniti 2022
Sukacita dimaklumkan terutamanya kepada pelajar yang telah memohon kemasukan ke Politeknik atau ke Kolej Komuniti.
Anda kini boleh membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Ambilan 2022/2023 Program Sepenuh Masa mulai 22 Julai 2022 ini.
BACA JUGA: Pengharaman Vape & Rokok Bagi Individu Lahir Selepas 2005 – Menteri Kesihatan
Politeknik & Kolej : Kemasukan Ke Politeknik 2022
Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawal selia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan Pada tahun 1969.
Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).
Semakan Keputusan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Bagi Sesi I 22/23
Bagi Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021 (Permohonan Melalui UPUONLINE, anda boleh membuat semakan keputusan bermula 22 Julai 2022 (pukul 12 tengah hari) di pautan berikut:
- https://jpt.utm.my
- http://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- http://jpt.ums.edu.my
Calon-calon yang berjaya ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, cetakan surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my
Permohonan Rayuan Politeknik & Kolej Komuniti
Manakala, bagi calon yang tidak berjaya ke Politeknik, anda boleh membuat rayuan bermula dari 22 hingga 31 Julai 2022 melalui UPUONLINE.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my
Atau, hubungi: 03 8870 8200
Bagi Lepasan SPM 2018 dan ke bawah serta lulusan selain SPM (Permohonan Mulai UPUONLINE)
Semakan keputusan, cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my.
Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA & ingin melanjutkan pengajian ke Politeknik, RAYUAN boleh dibuat mulai 25 hingga 31 Julai 2022 di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my
Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA & ingin melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti, RAYUAN boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan Politeknik & Kolej berikut:
- Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my
- No Pejabat: 0388883837 (waktu pejabat)
- WhatsApp: 0198683738 (www.wasap.my/60198683738/intakepolycc2022)
- Web: http://ambilan.mypolycc.edu.my
Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti
| Kategori | Rayuan |
| A. Bagi Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021 (Permohonan Melalui UPUONLINE) | Bagi calon yang tidak berjaya ke Politeknik, rayuan boleh dibuat mulai 22 hingga 31 Julai 2022 melalui UPUONLINE. Bagi calon yang tidak berjaya ke Kolej Komuniti, rayuan boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 melalui http://ambilan.mypolycc.edu.my. |
| B. Lepasan SPM Tahun 2018 dan ke Bawah C. Lulusan Selain SPM (Permohonan melalui eborang POLYCC ) | Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA & ingin melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti, RAYUAN boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 di http://ambilan.mypolycc.edu.my. |
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan / Cetakan Surat Tawaran Politeknik & Kolej Komuniti 2022
Sila rujuk tarikh-tarikh berikut untuk semakan panggilan dan sesi temuduga.
| Diploma Sepenuh Masa Politeknik | |
| A. Permohonan melalui UPU | |
| Borang Permohonan dibuka | 04 Februari 2022 |
| Borang Permohonan ditutup | 28 Jun 2022 |
| Semakan Panggilan Temuduga | 09 Mei 2022 |
| Sesi Temuduga | 19-23 Jun 2022 |
| Semakan Keputusan Permohonan | 22 Julai 2022 |
| Cetakan Surat Tawaran | 25 Julai 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan dibuka | 22 Julai 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan ditutup | 31 Julai 2022 |
| Semakan Keputusan Rayuan | 22 Ogos 2022 |
| Pendaftaran Pelajar | bermula 15 Ogos 2022 |
| B. Permohonan melalui eBorang Politeknik | |
| Borang Permohonan dibuka | 31 Mac 2022 |
| Borang Permohonan ditutup | 28 Jun 2022 |
| Semakan Panggilan Temuduga | 08 Julai 2022 |
| Sesi Temuduga | 11-15 Julai 2022 |
| Semakan Keputusan Permohonan | 25 Julai 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka | 25 Julai 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup | 31 Julai 2022 |
| Semakan Keputusan Rayuan | 22 Ogos 2022 |
| Pendaftaran Pelajar | bermula 15 Ogos 2022 |
| Maklumat lanjut: | |
| Diploma Sepenuh Masa Kolej Komuniti | |
| A. Permohonan melalui eBorang Kolej Komuniti | |
| Borang Permohonan dibuka | 31 Mac 2022 |
| Borang Permohonan ditutup | 28 Jun 2022 |
| Semakan Keputusan Permohonan | 25 Julai 2022 |
| Pendaftaran Pelajar | bermula 15 Ogos 2022 |
| Maklumat lanjut: | |
| Diploma Separa Masa Politeknik (KSS) | |
| Ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian | |
| Sijil Kolej Komuniti | |
| Permohonan melalui UPU | |
| Borang Permohonan dibuka | 04 Februari 2022 |
| Borang Permohonan ditutup | 28 Jun 2022 |
| Semakan Keputusan Permohonan | 22 Julai 2022 |
| Cetakan Surat Tawaran | 25 Julai 2022 |
| Pendaftaran Pelajar | bermula 15 Ogos 2022 |
| Permohonan melalui eBorang Kolej Komuniti | |
| Borang Permohonan dibuka | 31 Mac 2022 |
| Borang Permohonan ditutup | 28 Jun 2022 |
| Semakan Keputusan Permohonan | 25 Julai 2022 |
| Pendaftaran Pelajar | bermula 15 Ogos 2022 |
| Maklumat lanjut: | |
| Sijil Kemahiran Khas Politeknik | |
| Permohonan melalui eBorang Politeknik | |
| Borang Permohonan dibuka | 31 Mac 2022 |
| Borang Permohonan ditutup | 28 Jun 2022 |
| Semakan Keputusan Permohonan | 25 Julai 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka | 25 Julai 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup | 31 Julai 2022 |
| Semakan Keputusan Rayuan | 22 Ogos 2022 |
| Pendaftaran Pelajar | bermula 15 Ogos 2022 |
| Maklumat lanjut: | |
| Sarjana Muda Politeknik | |
| Permohonan melalui eBorang Politeknik | |
| Borang Permohonan dibuka | 17 Mei 2022 |
| Borang Permohonan ditutup | 15 Julai 2022 |
| Semakan Panggilan Temuduga | 23 Julai 2022 |
| Sesi Temuduga | 26-27 Julai 2022 |
| Semakan Keputusan Permohonan | 12 Ogos 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka | 12 Ogos 2022 |
| Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup | 21 Ogos 2022 |
| Semakan Keputusan Rayuan | 26 Ogos 2022 |
| Pendaftaran Pelajar | bermula 05 September 2022 |
| Maklumat lanjut: | |
| Tarikh Kemaskini: 22 Julai 2022 |
* TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Politeknik & Kolej Komuniti 2022
Anda boleh menghubungi talian/emel Politeknik & Kolej Komuniti 2022 berikut:
- Telefon: 03-8888 3837
- Faks: 03-8888 2733
- E-mel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my
SEMASA
Namewee Ditahan Bersama Pil Ekstasi, Positif Pelbagai Jenis Dadah – Polis Sahkan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee, 42, ditahan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu selepas dipercayai memiliki dan menggunakan dadah jenis ekstasi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata penahanan dibuat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.
Ditemui Sembilan Pil Ekstasi di Bilik Hotel
Menurut Datuk Fadil, hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi, dengan anggaran berat 5.12 gram.
“Suspek telah ditangkap dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis bahan terlarang iaitu **amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC (ganja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ditahan Dua Hari, Dituduh di Mahkamah
Tambah beliau, Namewee direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pertuduhan pertama:
➡️ Mengikut Seksyen 39A(1) atas kesalahan memiliki dadah, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pertuduhan kedua:
➡️ Mengikut Seksyen 15(1)(a) atas kesalahan menggunakan dadah, dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
“Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” ujar Fadil.
Sebutan Semula Kes Disember Ini
Menurut beliau lagi, tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 18 Disember 2025 bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen serta laporan kimia.
Kes ini mendapat perhatian meluas di media sosial memandangkan Namewee (nama sebenar: Wee Meng Chee) sebelum ini dikenali sebagai figura seni yang sering mencetuskan kontroversi menerusi karya muzik dan filemnya, termasuk Nasi Lemak 2.0 dan Babi.
SEMASA
Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang
PASIR MAS, KELANTAN, 26 Okt – Seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut selepas ditembak sebanyak lapan kali dalam satu kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, pada petang Sabtu.
Mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok akibat kecederaan parah.
“Saya Dapat Dua Panggilan — Satu Beritahu Dia Ditembak, Satu Lagi Kata Dia Sudah Tiada”
Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia menerima berita pemergian anak bongsunya itu daripada menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada malam kejadian.
“Sekitar jam 8 malam, menantu telefon beritahu Fuad kena tembak.
Belum sempat saya tenangkan diri, sejam kemudian saya dapat panggilan lagi… kali ini untuk beritahu anak saya dah meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.
Menurut Zaiton, arwah merupakan seorang anak yang periang dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda mencurigakan sebelum kejadian.
“Dia baru sahaja balik menjenguk saya beberapa minggu lalu. Tak sangka itu kali terakhir saya lihat dia,” ujarnya lagi.
Mangsa Ditembak Lapan Kali
Memetik laporan Sinar Harian Online, kejadian berlaku sekitar jam 6.40 petang (waktu tempatan) ketika mangsa berada di sebuah rumah di Sungai Golok.
Siasatan awal oleh polis Narathiwat mendapati, mangsa ditembak lapan kali di bahagian badan dan dada oleh individu yang masih belum dikenal pasti.
Mangsa sempat dibawa ke Hospital Sungai Golok oleh penduduk setempat, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Punca Dikatakan Berpunca Dari Masalah Hutang
Jurucakap polis Narathiwat memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang berdasarkan keterangan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.
“Pihak kami masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat serta motif sebenar kejadian,” kata jurucakap itu.
Keluarga Tuntut Keadilan & Urusan Bawa Pulang Jenazah
Keluarga kini sedang berusaha membawa pulang jenazah Mohd Fuad Fahmie ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dan bawa keadilan atas apa yang berlaku,” kata ibunya dalam nada pilu.
Difahamkan, pihak Konsulat Malaysia di Songkhla sedang membantu menguruskan proses dokumentasi dan penghantaran jenazah pulang ke tanah air.
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.
SEMASA
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis Ketika Rayuan Hukuman, Peguam Mohon Denda Sahaja Demi Anak Bongsu Autisme

PETALING JAYA, 25 Okt — Suasana di Mahkamah Sesyen hari ini bertukar hiba apabila Ismanira Abdul Manaf, 30, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak dapat menahan tangis ketika peguamnya membacakan hujahan mitigasi bagi merayu hukuman lebih ringan terhadap kesalahan mengabaikan anak autisme itu dua tahun lalu.
Ismanira, yang hadir berpakaian sopan dan bertudung hitam, dilihat menangis teresak-esak sepanjang prosiding, lebih-lebih lagi apabila peguam bela, Haresh Mahadevan, menyentuh mengenai nasib dan perkembangan anak bongsu pasangan itu, yang kini berada dalam jagaan keluarga saudaranya.
Tangisan Ismanira menjadi semakin kuat sehingga memaksa ibu mentuanya, yang duduk di barisan hadapan galeri awam, menghulurkan tisu bagi menenangkan menantu perempuannya itu.
“Anak Bongsu Juga Autisme, Perlukan Ibu” – Peguam
Dalam rayuan mitigasi, Haresh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja dan bukan penjara, memandangkan hukuman berat bakal memberi kesan besar terhadap kebajikan anak bongsu Ismanira yang turut menghidap autisme.
“Anak kedua pasangan ini juga merupakan kanak-kanak istimewa seperti Allahyarham Zayn Rayyan.
Disebabkan kes ini, Ismanira hanya dibenarkan bertemu anaknya kurang daripada 48 jam seminggu.Ketika pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil kanak-kanak itu, dia menangis dan berpaut kuat pada ibunya kerana enggan dipisahkan,” katanya dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.
Peguam tersebut menjelaskan bahawa kanak-kanak autisme lazimnya sukar menerima perubahan drastik, apatah lagi perpisahan dengan ibu mereka, dan boleh mengalami gangguan emosi serta kemurungan sekiranya tidak disediakan sokongan psikologi yang sesuai.
“Hukuman penjara terhadap ibu ini bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, tetapi juga menjejaskan kesejahteraan emosi anaknya yang masih kecil.
Dalam kes seumpama ini, hukuman penjara tidak bersifat mandatori — mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggantikan dengan hukuman denda, yang lebih berperikemanusiaan,” tambahnya.
Rayuan Masih Berlangsung
Setakat tengah hari Jumaat, prosiding rayuan hukuman masih berjalan dan dijangka disambung semula selepas rehat bagi mendengar hujahan balas daripada pihak pendakwaan.
Kes Ismanira mendapat perhatian umum selepas anak sulungnya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang merupakan kanak-kanak autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia dua tahun lalu dalam keadaan mencurigakan berhampiran kediaman keluarganya di Damansara Damai.
Kematian tragis Zayn Rayyan telah mengundang simpati rakyat Malaysia dan mencetuskan perdebatan besar mengenai tanggungjawab penjagaan kanak-kanak istimewa, tekanan emosi keluarga, serta keperluan sistem sokongan yang lebih menyeluruh bagi ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisme.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah









