Kisah
Pernah Tertekan Dan Berniat Untuk Bu’nuh Diri, wanita unik berjanggut Lebat Seakan Lelaki Akui Sukar Dapat Jodoh, “belum ada lagi mana-mana lelaki yang sudi dan mampu menerima dirinya seadanya setakat ini”
Pernah Tertekan Dan Berniat Untuk Bu’nuh Diri, wanita unik berjanggut Lebat Seakan Lelaki Akui Sukar Dapat Jodoh, “belum ada lagi mana-mana lelaki yang sudi dan mampu menerima dirinya seadanya setakat ini”
Harnaam Kaur, 31, wanita unik yang berjanggut lebat seakan lelaki membuatkannya sukar untuk mendapatkan jodoh, beliau turut mengaku bahawa belum ada lagi mana-mana lelaki yang sudi menerima dirinya seadanya setakat ini.
Menurut Mirror, ‘kelainan’ yang dimiliki wanita ini adalah disebabkan oleh sindrom ovari polikistik atau polycystic ovary syndrome (PCOS). Difahamkan, sindrom tersebut menyebabkan hormon seseorang wanita itu tidak seimbang hingga membuatkan bulu-bulu tumbuh di wajah, selain turut sukar untuk hamil.
Ketika remaja dahulu, Harnaam kerap menerima ejeken daripada kawan-kawannya di sekolah hingga menyebabkannya tertekan dan pernah berniat untuk bu.nuh diri. Justeru bagi menghilangkan bulu-bulu tersebut, ibunya sering membawanya ke salon untuk melakukan waxing, iaitu proses ‘menghilangkan’ bulu yang tidak dikehendaki pada tubuh.
Difahamkan, rutin ini sudah biasa dilakukan sejak Harnaam berusia 11 tahun lagi. Bagaimanapun konsistesi menjalani waxing itu tidak lama. Harnaam akhirnya tidak mahu meneruskannya lagi, sebaliknya membiarkan ia tumbuh ‘segar’ di wajah seperti biasa.
Namun keputusan itu bukanlah sesuatu yang ‘mudah’ apabila dia terpaksa meneruskan kehidupan dengan penampilan sebegitu.
Janggut lebat sehingga terkenal pada 2014
Sehinggalah pada 2014 lalu, penampilan luar biasanya itu mula mendapat perhatian media dan sejak itulah, dirinya menjadi terkenal hingga ke hari ini. ‘Perubahan’ itu membawanya tampil sebagai model di London Fashion Week bagi memperagakan pakaian daripada pereka fesyen terkenal US, Marianna Harutinian.
Tidak cukup dengan itu, Harnaam juga sering tampil dalam beberapa majalah terkenal antarabangsa seperti Vogue Japan, Teen Vogue dan Cosmo India. Untuk rekod, wanita unik ini sudah mempunyai lebih 163,000 pengikut di laman Instagramnya setakat ini.
Meskipun tahu dirinya berjanggut seperti lelaki, Harnaam tetap bahagia dan yakin untuk hidup menjadi dirinya sendiri. Dia juga kerap memuat naik pelbagai gambar menarik mengenai penampilan uniknya yang digayakan dengan pemakaian turban serta solekan mata yang cantik.
Sumber: Indo Zone, Mirror via siakapkeli
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah