SEMASA
Perang Tercetus, Ukraine Russia, Perkembangan Terkini ‘Perang Dunia 3’

Perang Tercetus, Ukraine Russia, Perkembangan Terkini ‘Perang Dunia 3’
Rusia yang diketuai oleh Presiden Vladmir Putin telah melancarkan serangan, mengisytiharkan perang ke atas Ukraine. Warga internet khususnya telah memanggil krisis ini sebagai ‘Perang Dunia ke-3’. krisis Rusia-Ukraine ini telah berlarutan untuk beberapa minggu kebelakangan ini sehingga ia menyebabkan pasaran ekonomi dunia bergelora.
Untuk lebih memahami situasi terkini, anda boleh baca kronologi ringkas permulaan perang Rusia-Ukraine.
Ukraine mengadakan mesyuarat khas dengan Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada awal pagi waktu tempatan.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan tindakan berdamai diantaranya dengan Presiden Rusia, Vladmir Putin tidak tercapai.
Kerajaan Rusia melarang sebarang kemasukan pesat awam di sepanjang sempadan Ukraine sejurus selepas beberapa aset ketenteraan mulai memasuki Ukraine.
See the moment Ukraine's U.N. ambassador learned that Russia had invaded his country — and immediately called into question whether Putin's nation should be allowed to remain in an entity meant for "peace-loving states." https://t.co/yn2tc4WLsT pic.twitter.com/DaGfrI8sL6
— CBS News (@CBSNews) February 24, 2022
Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine dengan mengebom sekitar Kyiv, Kharkiv, Kramatorsk, Mariupol dan Odessa.
Explosions were reported in cities throughout Ukraine early Thursday morning, signaling that a full-scale Russian invasion had begun. Here is a map tracking where attacks have been confirmed. https://t.co/4n2HEocdsq
— The New York Times (@nytimes) February 24, 2022
Menteri hal Ehwal Luar Negeri Ukraine, Dmytro Kuleba mengeluarkan kenyataan bahawa Putin melancarkan ‘full-scale war’ tidak lama lagi.
Ruang udara Ukraine ditutup selepas Rusia melakukan beberapa siri letupan di bandar-bandar utamanya.
Ukraine mengumumkan ‘martial law’ atau darurat yang berkuatkuasa serta merta beberapa jam selepas diserang.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan mengadakan mesyuarat dengan Volodymyr Zelenskyy mengenai tindakan ketenteraan di Ukraine.
Pengumuman pengisytiharan perang yang telah direkod oleh Putin 3 hari disiarkan di Rusia.
Russian President Vladimir Putin announces a military operation in Ukraine https://t.co/YGkiBS8DgG pic.twitter.com/OwKPpNgwy1
— TIME (@TIME) February 24, 2022
Kubela mengessa tindakan global segera terhadap Rusia dengan mengatakan ‘masa depan Eropah dan dunia terancam’.
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson membidas tindakan Rusia dan berjanji akan melaksanakan tindak balas yang ‘tegas’ bersama dengan sekutunya, Ukraine.
Ukraine telah memberi tindak balas dengan menembak jatuh 5 pesawat milik Rusia.
Rakyat Ukraine sedang berarak keluar dari Kyiv menuju ke negara terdekat Poland dan sekutu NATO.
Ini adalah perkembangan semasa berkenaan perang diantara Rusia dan Ukraine setakat jam 3 petang waktu tempatan, bertarikh 24 Febuari 2022.
Situasi dijangka akan bertambah buruk.
Sumber; intraday
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.