SEMASA
Keluarga bayi lelaki yang mening’gal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan yang didakwa akibat kecuaian.

Keluarga bayi lelaki yang mening’gal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan yang didakwa akibat kecuaian.
Rosilawati Ismail, 26, dan suami, Muhammad Hilmi Firdaus, 26, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) susulan kematian anak mereka, Muhammad Hilman Firdaus berusia dua bulan pada Jumaat lalu ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Ibu mangsa, Rosilawati Ismail, 26, berkata tindakan akan diambil sebagai pembelaan terhadap kematian anak tunggalnya, Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi yang berusia dua bulan pada Jumaat lalu.
Beliau berkata, pihaknya sudah melantik peguam dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Dakwanya terdapat beberapa perkara yang menyebabkan beliau tidak berpuas hati termasuk ketika anaknya menerima rawatan susu yang diberikan hampir tamat tempoh selain anaknya diberi ubat tidur tanpa kebenaran.
“Apa yang saya lakukan ini adalah demi pembelaan kepada kematian anak saya dan ketidakpuasan hati terhadap pihak hospital yang merawat anak.
“Walaupun pihak hospital sendiri sudah bertemu dengan kami untuk menjelaskan apa yang berlaku, namun kami tidak berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan.
“Malah, sehingga kini punca kematian anak belum dimaklumkan kepada kami dan pihak hospital memaklumkan perlu menunggu sehingga dua bulan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menceritakan apa yang berlaku terhadap anaknya, Rosilawati mendakwa, anaknya mengalami cirit birit pada 5 Februari dan dibawa ke HRPZ II sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
“Anak saya kemudiannya semakin sembuh pada 8 Februari dan dipindahkan ke wad biasa. Ketika berada di wad berkenaan, doktor meminta saya menukar susu anak yang dibekalkan pihak hospital dengan alasan anak saya mengalami alahan.
“Saya dapati tarikh luput pada tin susu berkenaan bertarikh 12 Februari iaitu hampir tamat. Malah, ketika saya membancuh susu berkenaan, ia meragukan seolah-olah sudah basi.
“Apabila saya bertanyakan kepada doktor yang merawat anak saya berkaitan isu itu, doktor memaklumkan susu itu masih boleh digunakan sekiranya ia belum berkulat,” katanya yang tampil membuat laporan polis pada Sabtu lalu.
Beliau berkata, anaknya kembali tidak sihat selepas beberapa hari sebelum diberi ubat tidur tanpa kebenaran.
“Pada masa sama, anaknya perlu berpuasa selama lima hari bermula 15 Februari dengan alasan perut anak perlu direhatkan sehingga menyebabkan anaknya sering menangis kelaparan.
“Disebabkan tidak berpuas hati, saya berurusan dengan pihak hospital untuk memindahkan anak ke hospital lain, namun tidak dibenarkan sebelum anaknya mengalami demam panas.
“Pada tengah hari 18 Februari, saya sempat membuat panggilan video dengan kakak yang menjaga anak dan ketika itu saya melihat anak menangis dengan muka yang lemah sebelum anak saya disahkan meninggal dunia jam 4.30 petang pada hari berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, hancur luluh hatinya mengenangkan apa yang terjadi terhadap anaknya dengan luka pembedahan yang dia alami ketika bersalin pun belum lagi sembuh.
Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Kelantan akan menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit dalam kes kematian bayi berusia dua bulan Jumaat lalu, yang didakwa berlaku kecuaian ketika menerima rawatan.
Sumber; bharian
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.