Kisah
Pengumpul Barang Terpakai Temui Cincin Berlian Bernilai RM24,000 Dalam Sampah Separuh Terbakar
Pengumpul Barang Terpakai Temui Cincin Berlian Bernilai RM24,000 Dalam Sampah Separuh Terbakar
Pengumpul barangan terpakai sangat gembira apabila menemui sebentuk cincin berlian yang kebetulan amat sepadan diacukan ke jari manisnya. Pepatah Melayu mengatakan “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”, itulah yang menggambarkan untung nasib dan rezeki seseorang, seperti yang berlaku kepada seorang pengumpul barang terpakai dari Indonesia ini.
Kisahnya, pengumpul barangan terpakai itu berasa sangat gembira apabila dia menemui sebentuk cincin berlian yang kebetulan juga amat sepadan diacukan ke jari manisnya.
Menurut Suara.com, Harianto yang berusia 34 tahun menemui cincin itu sejak lima tahun lalu setelah berlaku kebakaran di tempat pembuangan sampah Supit Urang di Daerah Sukun, Kota Malang, Indonesia.
Lima hari selepas tragedi, bapa kepada tiga anak itu menemui sebentuk cincin berlian bernilai 80 juta Rupiah (RM 24,000) ketika sedang mengais-ngais sampah yang separuh terbakar.
Harianto, yang pada mulanya merasakan cincin yang ditemuinya itu tidak bernilai, telah menjualnya pada keesokan hari dan menggunakan wang itu untuk membina sebuah rumah berhampiran rumah ibu bapanya.
“Ia adalah cincin berlian. Ia selebar jari manis saya dan terdapat sebutir berlian sebesar biji jagung. Keesokan harinya saya menjual cincin itu kepada Sawojajar dan saya amat terkejut apabila mendapati cincin itu berharga 80 juta Rupiah,” kata Harianto.
Harianto yang bekerja sebagai pengutip sampah selama 25 tahun menambah, setelah memiliki rumah sendiri, ia memberi keyakinan kepadanya untuk meminang teman wanitanya.
Pasangan suami isteri itu kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata.
“Saya telah lama berteman wanita, tetapi tidak berani untuk berkahwin. Tetapi apabila saya telah mendapat rumah, saya terus melamarnya,” kata Harianto.
“Saya bersyukur kerana dapat membina rumah tangga dengan bahagia bersama kurniaan anak-anak dan ia cukup bagus untuk bekerja seperti ini walaupun ia kotor,” tambahnya.
Harianto mendedahkan dia memperolehi pendapatan antara 80,000 dan 100,000 Rupiah (RM23.42 hingga 29.27) dalam sehari.
Menurut Ketua UPT Supit Urang TPA Budi Heriyanto, pengumpul barangan terpakai sering menemui item berharga termasuk paling mengejutkan senjata api dan bayi baru lahir.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.