Connect with us

INFO

Pengaruh gadget pun ca budak 12 tahun terlibat kes berat, wanita ini kongsi Apps telefon bantu kawal penggunaan telefon pintar untuk Anak-anak

Published

on

Pengaruh gadget pun ca budak 12 tahun terlibat kes berat wanita ini kongsi Apps telefon bantu kawal penggunaan telefon pintar untuk Anak anak

Pengaruh gadget pun ca budak 12 tahun terlibat kes berat, wanita ini kongsi Apps telefon bantu kawal penggunaan telefon pintar untuk Anak-anak

Terkejzzuut dengar berita budak 12 tahun meroo ggol anak asuhan.  Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.

Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget.  Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.

Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.

App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.

Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah.

Tapi semua ada limit. so saya install app ni Family link.

Kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.

Dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada Telefon saya.

65640213 2356430397748981 8005971137420853248 n

Inilah app untuk di install dekat hp parent.

65667937 2356430494415638 217164588846678016 n

Ini waktu yang saya tetapkan sendiri. so time ni memang telefon dia tak kan boleh guna. sehari dia boleh pakai 4 jam sahaja.

65599917 2356430577748963 8304879927551852544 n

kalau nak guna juga kena pakai no code ni. dan no ni akan berubah setiap masa. so kakak jangan berangan kamu leh hafal.

65558215 2356430687748952 8924643884458311680 n

ni kakak punya muka depan lah.

65593095 2356430784415609 5986097234142298112 n

ni tempat untuk parent setting.

65792136 2356431071082247 1584516669328326656 n

ni contoh kalau tak leh guna. haa kakak dia suh tidoq time ni. so dia hanya boleh guna emergency sahaja. iaitu call. parent access tu yang code tadi lah.

update :

  • application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye.
    nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan.
  • Untuk hp parent kena install google family link for parent dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens.
  • anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun. kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.
  • Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18 xxx yg bukan2. game pun boleh kawal.
  • semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.

selamat mencuba.

sumber : Azmuhaini Aini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 233535 0000

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.

​Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

​Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.

​Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.

LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR

​Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:

  • Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.

PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN

  • Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
  • Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
  • Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.

​Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.

​Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 223831 0000

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

​Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.

​Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.

​Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.

Tangan Terkeluar Dari Kotak

​Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.

​Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.

Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam

​Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.

​Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

Trending