INFO
Kaedah Mudah Buat Resume Pemikat Hati Penemuduga

Kaedah Mudah Buat Resume Pemikat Hati Penemuduga
RESUME LAYAK MASUK TONG SAMPAH
Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Alhamdulillah di post yang sebelum-sebelum ni, ada macam-macam jenis feedback di post saya sendiri, dan di post yang other pages punya jugak. Saya rasa, kalau tengok dari post original saya, mungkin 90% positif, selebihnya nega tif. Kat post yang ada satu page ni share, lebih banyak yang nega tive dari positif. Tapi takpe, biasa lah tu, semua orang ada pandangan masing-masing. Apa pun terima kasih semua yang share, saya terharu.
Salah satu komen yang saya baca, saya jadikan tajuk post hari ni. Mungkin design sebelum ni terlalu fancy dan agak kurang sesuai untuk kegunaan umum. Jadi, kali ni, saya nak share design yang lebih simple dan “mungkin” boleh diterima pakai di kebanyakan tempat (harap-harap).
Seronok jual resume. Bermacam jenis client yang saya kenal dari resume diorang. Ada yang biasa-biasa, ada yang luar biasa. Seronok, serious.Ada yang dah mula jual template resume sendiri. Seronok tengok. Dalam masa yang sama, ada terasa letih jugak, sebab komitmen kerja di office, anak yang dah nak masuk umur setahun, keluarga dan lain-lain. Tapi overall, memang seronok.
Saya memang design guna Powerpoint. Saya ada godek-godek Photoshop dan AI, tapi mungkin sebab dah terlalu selesa dengan Powerpoint, saya prefer guna powerpoint. Tak tau lah di masa akan datang nanti kan. Saya pun ada explore benda-benda baru yang Powerpoint boleh buat. Saya tengok version 2013 dan version lebih baru, memang power. Ada macam-macam function baru yang 2010 takde (Saya masih guna 2010). Kalau ada peluang, boleh cuba explore di youtube. Berlambak tutorial kat sana. Tak kurang jugak, tutorial Photoshop dan AI. Tapi macam kebanyakan komen di post sebelum ni, “bukan pasal tools sekarang ni, tapi kreativiti untuk design”.
Terlanjut menaip, gambar-gambar kat bawah ni, pembaca mungkin boleh paham briefly macam mana nak buat resume guna powerpoint (jangan lupa save as PDF sebelum hantar kat boss). Semoga bermanfaat untuk diri sendiri, kawan-kawan, sedara-mara atau mana-mana orang yang memerlukan Resume segera.
Langkah-langkah buat resume pikat hati majikan :
1. Bukak blank page. Saya biasa guna sizing A4 je. Caranya, tekan Design > Page Setup > Pilih size.
2. Saya biasanya start design dari atas, turun ke bawah. 1st step, saya add box warna hitam tu sebagai heading. 2nd, saya tambah line halus bawah heading hitam tu (ikut kreativiti masing-masing). 3rd, saya add nama (nama contoh, saya tak kenal siapa elena ni). 4th, saya tambah ayat bawah nama untuk dijadikan Objective ke, Mission ke, Overview ke, Summary ke ikut kesesuaian
3. Then saya ada lagi kotak lain kat sebelah kiri. Sebab saya suka letak info side-by-side. Saya tak prefer yang berterusan ke bawah. Kotak kecik atas untuk gambar, kotak bawah untuk info.
4. Masukkan gambar. Bulat ke petak ke doesn’t matter. Ikut kehendak masing-masing.
5. Kemudian saya masukkan info. Ikut keperluan masing-masing. Dan ikut kreativiti dan interest masing-masing.
6. Lagi info secukupnya.
7. Lagi info. Biar resume nampak padat dan teratur.
8. saya tambah macam footer pulak. Untuk match kan warna biru kat kiri tu.
9. Saya guna balik footer tadi, sebagai header & footer untuk second page. Ikut kreativiti masing-masing.
10.Lagi info secukupnya. Kalau 2nd page pun dapat penuh, memang cantik.
11. Dah siap 1st and 2nd page.
12. Then saya akan save 2 page yang siap tadi sebagai JPEG.
- Klik Save As
- Tukar format jadi JPEG
- Klik Save
Lepas save, saya bukak powerpoint baru, then saya copy paste gambar JPEG tadi and letak sebelah-sebelah. Betulkan size lebih kurang. Then saya right click kat gambar, and saya tekan “Format Picture”
13. Klik 3D rotation, klik presets, klik perspective yang sesuai.
14. Masih lagi kat 3D rotation, bahagian yang saya kotakkan tu, adjust rotation 3D gambar. Biar Nampak timbul dan hidup.
15. Sekarang, klik 3D Format, tukar width dan height macam dalam gambar. Kalau rasa kurang sesuai, boleh main try and error width dengan height tu supaya dapat 3D yang terbaik.
16. Masih lagi kat 3D Format, klik Material, pilih Special Effect yang saya kotakkan. Kalau prefer special effect yang lain pun boleh. Ikut kesesuaian.
17. Sekarang klik Shadow. Tukar 3 benda yang saya box kan tu. Biasa saya memang guna 100, 45, 100. Tapi kalau nak try and error supaya jadi lain pun, bolehh. No problem. Dah siap, tekan Close.
18. Kalau rasa warna biru tak minat, boleh cuba jugak warna lain masa kat step awal2 tadi. Ikut kreativiti dan interest masing-masing. jeng jeng. Dah jadi 3D. Ni untuk display sahaja ya. Tak sesuai untuk dibagi kat boss. Boss takleh baca nanti. Ni sesuai untuk korang yang nak belajar editing dengan powerpoint. Saya confident Adobe boleh buat effect yang jauh lagi super. Boleh repeat step yang sama untuk 2nd page.
Kalau dah biasa buat, macam-macam design boleh buat. Cuma perlu explore. Dari fancy, ke yang lebih simple pun boleh.
Terima kasih semua.
Jangan lupa like page: RESUME PIKAT BOSS
sumber : Ahmad Syamim Abdul Halim
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
INFO
“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga
SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.
Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.
Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Kamal Adli Luah Rasa Bengang
Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.
“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!
“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.
Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.
Kronologi Kemalangan Ngeri
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.
Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.
Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.
Pelumba Rupanya Adik-Beradik
Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.
Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.
Sumber: ohmymedia
INFO
’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam
SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.
Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.
Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.
”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.
”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.
Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.
Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian
Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.
Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang
Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa
Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.
“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.
“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.
Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da
n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.
Sumber: borakdaily
INFO
‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen
Anak Pendaki Wanita Hilang
SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.
Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.
Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.
Anak Pendaki Wanita Hilang
“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”
Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.
“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.
Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.
Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.
Anak Pendaki Wanita Hilang
Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.
“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.
Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.
Sumber: borakdaily
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
























