Pendidikan
Keputusan SPM 2024: Pencapaian Cemerlang 11,713 Calon Raih Semua A
Keputusan SPM 2024: Pencapaian Cemerlang 11,713 Calon Raih Semua A
Sebanyak 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 meraih keputusan gemilang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, memaklumkan bahawa pencapaian keputusan SPM 2024 lebih unggul dengan merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Azman menjelaskan bahawa nilai GPN yang lebih kecil menandakan prestasi calon yang lebih baik
“Sebanyak 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2024 berjaya lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada tahun 2022.
“Sebanyak 93.5 peratus atau 349,297 calon layak mendapat sijil SPM 2024, berbanding 342,742 pada tahun 2022,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2024 di sini, hari ini.
“Ia mencerminkan peningkatan 1.9 peratus, dan merupakan pencapaian terbaik sejak tahun 2013 berdasarkan syarat pensijilan SPM yang ditetapkan,” tambahnya.
Azman turut menyatakan bahawa keputusan SPM 2024 memperlihatkan 66 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 25 mata pelajaran mencatatkan penurunan, dan empat mata pelajaran kekal tidak berubah.
Katanya, prestasi keseluruhan mata pelajaran teras dalam peperiksaan SPM 2024 seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, dan Sains menunjukkan peningkatan.
“Pendidikan Moral mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.20 mata, manakala Bahasa Melayu menunjukkan prestasi terbaik dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 3.86 mata,” katanya.
Untuk mata pelajaran elektif, Azman melaporkan bahawa 50 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 19 mata pelajaran mengalami penurunan, dan satu mata pelajaran mengekalkan prestasi.
“Kesemua empat mata pelajaran elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) mencatatkan peningkatan, dengan Fizik merekodkan prestasi tertinggi iaitu 0.22 mata, menjadikannya mata pelajaran terbaik dengan GPMP 4.15 mata,” katanya.
Dalam sidang media sejurus selepas pengumuman tersebut, Azman menyatakan bahawa KPM akan mengenal pasti punca ketidakhadiran lebih 10,000 calon SPM 2024.
“Kita akan teliti sebab-sebab ketidakhadiran calon ini. Bagaimanapun, telah berlaku penurunan yang signifikan dari segi calon tidak hadir berbanding tahun lepas. Kita akan teliti satu persatu sebab-sebab dan intervensi yang akan dilaksanakan untuk memastikan masalah ini dapat ditangani dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Menjawab isu tular di media sosial tentang larangan mengadakan majlis apresiasi, Azman menjelaskan bahawa perkara itu tidak benar. Sebaliknya, pihak kementerian mencadangkan agar majlis seumpama itu diadakan selepas cuti sekolah.
“KPM tidak melarang penganjuran majlis apresiasi calon-calon SPM 2024, cuma kami mencadangkan ia diadakan selepas cuti sekolah agar semua calon, ibu bapa, dan guru-guru dapat turut serta, menjadikan majlis tersebut lebih meriah,” katanya.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah