KESIHATAN
Penawar Semulajadi Influenza A (H1N1)
Penawar Semulajadi Influenza A (H1N1)
Virus influenza A (H1N1) ialah satu subjenis virus influenza A dan merupakan penyebab yang paling biasa bagi influenza (selesema) di kalangan manusia. Sesetengah jenis H1N1 merupakan endemik dalam manusia dan menyebabkan segelintir daripada kesemua penyakit mirip influenza dan sebahagian besar daripada kesemua influenza bermusim.
Jenis-jenis H1N1 menyebabkan kira-kira separuh daripada kesemua jangkitan selesema manusia pada tahun 2006. Jenis H1N1 yang lain merupakan endemik dalam ba bi (influenza ba bi) dan dalam burung (influenza burung).
Kini Virus influenza A (H1N1) telah mula tular ke beberapa negeri di malaysia tetapi masih terkawal.
Menurut perkongsian daripada facebook page pesan bonda, Penawar Semulajadi Influenza A (H1N1) Adalah seperti berikut :
Bahan dan Cara-caranya
Jintan putih jika dibuat teh minuman, digunakan sejak beribu tahun untuk menyembuh selsema dan demam. Mungkin juga boleh digunakan untuk menangani H1N1.
Gabungan habatus sauda dan bawang putih. Kedua-dua bahan ini merupakan anti-viral dan antibiotik alami. Gabungan HS dan BP akan memberikan kesan penyerapan ke sistem imun badan kita 10 kali ganda jika diambil berasinga.
Buah epal hijau 6 biji sehari serta buah-buahan lain yang kaya vitamin C dan antioksiden jambu batu, oren dan sebagainya. Epal mempunyai kesan alkali membunuh virus, sifat sedatif, membantu pemulihan luka, menghalang sembelit (banyak fiber), sumber tenaga dari gula yang mudah serap, pektin dalam fiber terlarut membantu dalam mengurangkan LDL dalam kolesterol, bersifat isotonik membantu hidrasi dan bersifat laksatrif.
Air kelapa muda yang kaya dengan nutrien minerals merupakan minuman isotonik alami dan juga bersifat antiviral. Buah kurma empunyai kesan tonik, mudah dihadam dan memberi tenaga dan menyah toksid. Penawar gabungan dua bahan ini diamalkan dengan jayanya. Buah kurma direndam dalam air kelapa muda selama 2 jam sebelum diminum dan dimakan.
Semoga kita sama-sama dapat menjaga tahap kesihatan dengan sebaik mungkin, dan yang lebih penting, berdoa agar penyakit ini tidak terus merebak dan dipermudahkan kita melaluinya. Ada sebabnya Allah jadikan penyakit ini, agar kita sedar akan kesilapan kita sebagai manusia, dan sedar bahawa manusia ini tidak berkuasa, tetapi Allah-lah yang berkuasa atas setiap sesuatu.
Kredit: fb Ana Mahabu
Sekian
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah