KESIHATAN
Amalan Makan Sayur Bayam Brazil Sungguh Luar Biasa

Amalan Makan Sayur Bayam Brazil Sungguh Luar Biasa
Saban hari Bayam brazil kian terkenal dimalaysia. Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo mungkin tidak berapa popular di negara kita, namun sayur ini mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu.
Antara resipi popular yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung.
Rasanya enak, tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan.
Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun.
Inilah khasiat Bayam Brazil yang ramai tidak tahu, anda wajib tanam depan rumah, Insyallah senang tumbuh.
Menurut kajian, ada banyak khasiat Bayam Brazil ni yang ramai tidak tahu atau kurang pendedahan mengenai manfaat sayur ini.
Bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini.
Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah :
- mampu melawan kanser
- mengekalkan kesihatan mata
- kaya dengan vitamin K
- mampu menguatkan tulang.
Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit.
Amalan memakan Bayam Brazil mampu membantu:
- melancarkan darah,
- mencegah anemia serta masalah gusi,
- mengekalkan stamina badan
- serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak.
Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan Pramatang.
Mulai hari ini, akak tanam sayur ni kerana ada banyak khasiat yang terkandung dalam sayur ini… memang rugi kalau tidak memakannya…
Semoga bermanfaat. Jangan lupa like dan share Majalah ilmu. Terima kasih.
Sumber : fb penulis Donny Ien.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.