Connect with us

Kisah

Penantian Selama Lima Tahun, Akhirnya Tahun Ke Enam Dapat Baby Kembar Tiga. “Ada makcik doakan saya dapat baby kembar 3” Wanita Ini Kongsi Kisah Semasa di Makkah (Video)

Published

on

e9w9ughj

Penantian Selama Lima Tahun, Akhirnya Tahun Ke Enam Dapat Baby Kembar Tiga. “Ada makcik doakan saya dapat baby kembar 3” Wanita Ini Kongsi Kisah Semasa di Makkah (Video)

Kisah pasangan yang selama ini menanti selama 5 tahun, akhirnya tahun ke 6 dapat baby kembar 3. Pasangan ini telah dikurniakan kembar 3 orang anak sekaligus menjadikan hidup mereka kali ini lebih bermakna.

Menurut ibu kembar tiga ini, Raihana Kadir menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan seorang makcik di Makkah ketika menunaikan umrah. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

kembar 3 2

Ada makcik doakan saya semasa di Mekah

Saya tak pernah doa untuk dapat anak kembar, lagi2 kembar 3.. setakat teruja dengan orang lain yang ada anak kembar tu ada la..

tapi saya mula teringat ada yang mendoakan saya mendapat kembar 3 masa saya berada di Mekah menunaikan ibadah haji 2 tahun lepas..

bila saya dapat tahu saya mengandung kembar 3, tibe2 saya teringat makcik yang mendoakan saya tu, muka tak ingat tapi kata2 nya saya ingat sampai sekarang..

Semasa menunggu menunaikan solat zuhur, makcik2 di sebelah saya menegur saya.. mereka bertanya datang dengan siapa, dari mana, duduk tingkat berapa dan macam2 lagi..

kembar tiga 1 1068x1068 1

mereka teruja bila ada jemaah muda menunaikan haji.. alhamdulillah rezeki saya dan suami.. dan soalan fomous selalu saya dapat adalah ‘anak dah berapa?’

Dengan tenang sambil tersenyum saya menjawab ‘belum lagi cik, acik doakan saya ye’ jawapan yang selalu saya repeat bila dapat soalan serupa itu..

Terus salah seorang makcik disitu menjawab ‘acik doakan kau balik malaysia lepas ni, terus dapat kembar 3’

Terkedu kejap ‘ala cik, jangan la 3’ dalam hati saya boleh ke pregnant 3 orang..

‘Acik doakan kau ni’

‘Hihi ok cik.. aamiin..’

Lepas kejadian tu, saya meneruskan kehidupan seperti orang biasa.. Dan alhamdulillah doa acik tersebut dimakbulkan oleh Allah..

selepas checkup dengan doc dan mendapat tahu saya pregnant 3 orang, saya suami isteri termenung, tersenyum, teruja dan semua ada..

saya tanya suami ‘bang, ok ke 3?’ Suami jawab ‘abang ok je, alhamdulillah rezeki’
‘Bang, nak tau tak masa kita pergi haji dulu, ada makcik ni doakan ayang pregnant kembar 3 bila balik malaysia ‘

‘Yeke?’ Terkejut dengan penyataan saya..
‘Aah..’

Ya allah semua itu rezeki dari Kau.. Kau yang mengizinkan semuanya.. aku hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.. alhamdulillah lahirlah ketiga2 mereka dengan sihat.. semoga anak2 ini terus sihat dan menjadi pejuang2 islam akan datang..

Semoga kalian juga direzekikan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. aamiin.. teruskan berdoa dan mohonlah orang sekeliling mendoakan kita jua.. semoga Allah permudahkan urusan kalian.. aamiin..

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.