SEMASA
Pemandu wanita yang disabitkan kesalahan penyebab kema’tian lapan remaja berbasikal lajak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

Pemandu wanita yang disabitkan kesalahan penyebab kema’tian lapan remaja berbasikal lajak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
Sam Ke Ting, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, pemandu wanita yang disabitkan kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lepas.
Peguam Muhammad Faizal Mokhtar yang mewakili Sam Ke Ting, 27, berkata notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan terhadap anak guamnya difailkan menerusi sistem e-filing mahkamah.
“Untuk makluman, notis usul untuk kebenaran merayu atau penangguhan hukuman serta perakuan segera difailkan melalui e-filing. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada Sam Ke Ting,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam atas pertuduhan tersebut serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.
Jika dia gagal membayar denda, boleh dipenjara enam bulan.
Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.
Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.
Dalam kejadian itu, lapan remaja maut terdiri daripada Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Sumber; BERNAMA
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.