Connect with us

SEMASA

Pelawak legenda, Hamid Gurkha, kini hanya terlantar atas katil selepas dijangkiti C0v1d-19, dua bulan lalu

Published

on

ijnui

Pelawak legenda, Hamid Gurkha, kini hanya terlantar atas katil selepas dijangkiti C0v1d-19, dua bulan lalu

Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 kini hanya terlantar atas katil dan semakin uzur selepas diuji jangkitan C0v1d-19, dua bulan lalu. Beliau tidak mengalami penyakit kr0nik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Biarpun keadaannya semakin uzur, Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman masih bersemangat, sesekali melayan setiap pertanyaan ketika wakil BH menziarahinya di kediaman beliau di Taman Seri Andalas, Klang, baru-baru ini.

Kunjungan BH Online disambut isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, dan anak bongsunya, Nor Ashita, 47. Sepanjang kunjungan, Hamid hanya baring di katil.

Hamid berkata, dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya kian mer0s0t dek faktor usia.

“Alhamdulillah, saya sihat. Sakit tiada, tetapi kesihatan mer0s0t dan sekarang, badan hanya tinggal tulang. Saya pun tidak tahu berapa lama sudah terbaring, tetapi Alhamdulillah, puasa tak tinggal,” katanya kepada BH Online.

Kongsi Timah pula, suaminya masih mampu berjalan seperti ke bilik air dan menunaikan solat.

“Suami boleh bangun dan berjalan ke bilik air, malah boleh menunaikan solat di kerusi. Cuma, agak sukar untuk menyeimbangkan badan.

“Dia tidak mempunyai penyakit kr0n1k seperti sak1t jantung atau kencing, cuma kian uzur disebabkan sakit tua. Sebelum terbaring, suami masih boleh memandu.

“Namun, kesihatan suami makin mer0s0t selepas dij4ngk1ti C0V1D-19 Februari lalu. Ketika jangk1tan, keadaannya tidak ter0k, tetapi selera makan berkurangan.

“Suami juga tidak boleh banyak bercakap kerana cepat penat,” katanya.

4908B3C0 DEE0 4E37 A6A9 A969C12EE112

Hamid bersama isteri, Timah yang sering berada di sisinya. – NSTP/Faiz Anuar

Timah meluahkan rasa syukur, anak-anak tinggal berdekatan. Justeru, tidak sukar bertukar giliran menjaga bintang yang pernah diangkat Artis Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ketiga pada 1982 itu.

Katanya, Syawal juga disambut meriah bersama di Klang sejak hari raya pertama.

“Suami suka tengok anak berkumpul, sebab itu tak izinkan mereka tinggal berjauhan.

“Jadi anak pulang ke Klang setiap hujung minggu. Begitu juga ketika sambutan Aidilfitri, semua akan berkumpul di rumah ini.

“Alhamdulillah, saya juga seronok tengok anak tinggal berdekatan. Jika ada kecemasan, senang hendak berhubung,” katanya.

Sementara itu, anak Hamid, Nor berkata, bapanya tetap berpuasa penuh sepanjang Ramadan, cuma selera makan ketika berbuka tidak lagi seperti dahulu.

“Jika dihidangkan makanan kegemarannya seperti asam pedas dan kari, abah tetap tidak lalu makan. Abah tidak mahu tinggal sehari pun puasa.

“Kami nasihatkan abah tidak berpuasa kerana keadaannya sangat uzur, namun, baginya itulah saham akhirat. Abah beritahu, jika nyawanya ditarik, biar dia pergi dalam keadaan sempurna iman.

“Kami pernah membawa abah ke klinik kerana cirit-birit pada bulan puasa. Doktor menyuruhnya berbuka puasa. Namun, abah menangis enggan berbuka, jadi kami ikutkan sahaja kemahuannya,” katanya.

Nor bersyukur, bapanya masih mempunyai kudrat dan dipanjangkan usia.

978B6526 A5B3 4719 82A3 6ACD2ACE34FA

Hamid mengamalkan pemakanan sihat, malah banyak meminum air kosong dan makanan yang direbus. – NSTP/Faiz Anuar

Bertanya amalan bapanya sehingga tidak mempunyai sebarang penyakit, Nor berkata, Hamid mengamalkan pemakanan sihat.

“Abah banyak minum air kosong dan tidak minum air berais. Sewaktu sihat, bangun subuh, abah terus minum satu gelas besar air kosong.

“Dia juga tidak makan yang bukan-bukan dan lebih banyak makan makanan direbus.

“Sayur dan buah pun abah pilih, tidak makan semuanya. Antaranya, abah gemar makan sayur bayam dan betik.

“Abah juga lasak dan banyak bertukang,” katanya.

Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu.

Kali terakhir berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019.

Meskipun penglihatan masih baik untuk membaca skrip, anak tidak menggalakkan Hamid berlakon berikutan masalah pendengaran dihadapi.

Sumber: BH

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending