Connect with us

Kisah

Pemuda Ini Menangis Kerana Pelanggan Cancel 60 Bungkus Nasi Pesanan, Pemuda Nekad Sedekah Kepada Orang Susah

Published

on

Pemuda Ini Menangis Kerana Pelanggan Cancel 60 Bungkus Nasi Pesanan Pemuda Nekad Sedekah Kepada Orang Susah

Pemuda Ini Menangis Kerana Pelanggan Cancel 60 Bungkus Nasi Pesanan, Pemuda Nekad Sedekah Kepada Orang Susah

Setiap orang berbeza-beza masalah yang dihadapi. Begitu kisah seorang individu pemuda dari Indonesia ini menangis setelah pelanggan yang ‘order’ 60 bungkus nasi bungkus membatalkan ‘order’ secara mengejut, walaupun nasi dan lauk sudah hampir selesai dimasak.

Video yang memaparkan pemuda tersebut dikongsikan oleh teman wanitanya melalui laman sosial TikTok, langsung serta-merta telah menimbulkan rasa sebak dari kalangan netizen yang melihatnya.

Screenshot 2021 02 02 at 10.05.04 PM

Wanita yang menggunakan akaun @heppy08 berkenaan bercerita bahawa sebaik sahaja pelanggan membatalkan pesanan, kekasihnya dilihat menangis tersedu-sedu sambil mencedok makanan yang sedang disiapkan bagi memenuhi pesanan nasi bungkus tersebut.

Kenapa sampai menangis begitu?

https://www.tiktok.com/@heppy08/video/6923940829312732417

Rupa-rupanya menurut penjelasan wanita tersebut, pemuda itu gagal menahan air mata kerana modal yang digunakan untuk menyiapkan pesanan itu datang daripada ‘hutang’ dan disebabkan pesanan itu telah dibatalkan, dia tidak boleh membayar hutangnya.

“Bayangkan kalau kalian berada dalam situasi dia, betapa sedihnya nasi bungkus yang sudah dipesan sebanyak 60 bungkus, tiba-tiba di ‘cancel’. P

“Padahal dia bertungkus-lumus meminjam duit ke sana ke mari sebagai modal, kerana deposit yang diberi tidak cukup. Tiba-tiba pembeli ‘cancel’ pula,” tulis wanita itu di dalam video.

Dalam pada itu, dilihat wanita berkenaan sempat lagi cuba menghiburkan hati kekasihnya demi meredakan perasaan sedih dan kekecewaan yang dialami.

Dalam video lain yang dimuat naik olehnya lagi, wanita tersebut berkongsi bagaimana rakan-rakan pemuda itu tidak putus memberi kata-kata semangat kepadanya sehingga membuatkan dia kembali tersenyum.

https://www.tiktok.com/@heppy08/video/6924465166545440002

Akhirnya, selepas bangkit daripada kesedihan, dia membuat keputusan untuk sedekah kesemua nasi bungkus berkenaan meskipun dirinya ditimpa musibah sedemikian.

Screenshot 2021 02 02 at 10.01.57 PM

“Bersedekahlah meski kita dalam keadaan kekurangan kerana masih ramai insan lain di bawah kita yang memerlukan,” – kenyataan yang sering diungkapkan oleh pemuda berkenaan.

Malah wanita tersebut turut menyatakan kekasihnya itu mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan kata-kata semangat daripada warganet sehingga dirinya boleh bangun semula daripada saat kesulitan.

Screenshot 2021 02 02 at 10.22.03 PM

Screenshot 2021 02 02 at 10.22.18 PM

Allahu, sungguh mulia hati pemuda itu. Walaupun dalam keadaan susah, sanggup lagi bersedekah kepada orang lain. Semoga dimurahkan rezeki!

Majalah ilmu: Semua orang pasti akan diuji dengan bermacam cabaran dalam hidup. Walaupun kita dalam kesusahan kita perlu bersabar banyak kerana disebalik kesemua ujian itu percayalah pasti ada hikmahnya. Percayalah Allah itu maha adil. Banyakkan bersabar dalam hidup dan sentiasa berfikir positif. Dibalik kesusahan kita ada lagi yang lebih susah dari kita. Allah maha pemurah dan maha penyayang itu pasti.

Sumber: Indozone / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Trending

    2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.