Connect with us

Kisah

Pelajar viral, keluar seawal pagi dan menempuh perjalanan selama dua jam menuju ke lokasi bagi mendapatkan liputan internet bagi menghadiri temuduga secara atas talian kemasukan ke universiti, akhirnya diterima masuk ke UPSI

Published

on

Pelajar viral, keluar seawal pagi dan menempuh perjalanan selama dua jam menuju ke lokasi bagi mendapatkan liputan internet bagi menghadiri temuduga secara atas talian kemasukan ke universiti, akhirnya diterima masuk ke UPSI

Tidak sia-sia usaha Frank Steward dan ayahnya yang terpaksa keluar seawal pagi dan menempuh perjalanan selama dua jam menuju ke lokasi untuk mendirikan khemah di dalam hutan bagi mendapatkan liputan internet bagi menghadiri temuduga kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara dalam talian.

Hasrat Sa Anak Ujom 52 tahun yang mahu melihat anaknya menjadi seorang pendidik mungkin akan menjadi kenyataan setelah anaknya berjaya dalam temuduga kemasukan ke UPSI.

Frank Steward Anak Sa 21 tahun bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Augustine Betong Sarawak itu meluahkan kegembiraan dan berterima kasih kepada institut pendidikan tersebut kerana merealisasikan impian beliau.

Surat tawaran pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) untuk Frank Steward disampaikan sendiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Madya Norkhalid Salimin.

Frank Steward berjanji akan belajar bersungguh sungguh untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajarnya agar dapat merealisasikan hasratnya untuk menjadi seorang pendidik yang bakal merubah nasib keluarganya.

Sebelum ini tular kisah mengenai Frank Steward dan ayahnya terpaksa keluar seawal pagi dan menempuh perjalanan selama dua jam menuju ke lokasi untuk mendirikan khemah di dalam hutan bagi mendapatkan liputan internet bagi menghadiri temuduga secara atas talian kemasukan ke universiti.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.