Connect with us

Kisah

Peguam Baik Hati Terima Ketam Sebagai Upah guaman kerana anak guamnya tidak mampu membayar khidmatnya

Avatar of kidin

Published

on

muka depan 1

Peguam Baik Hati Terima Ketam Sebagai Upah guaman kerana anak guamnya tidak mampu membayar khidmatnya

Seorang peguam di bandar Sorsogon, Filipina telah menerima upah beberapa ekor ketam selepas kliennya memaklumkan tidak mampu membayar yuran guaman dengan menggunakan duit, lapor laman berita GMA News Online

Dalam satu hantaran di Facebook, Noel Allen Bose memuatnaik sekeping gambar di Facebook yang memperlihatkannya sedang memegang beberapa ekor ketam di perkarangan luar mahkamah.

Peguam itu menjelaskan bahawa anak guamnya memberikan ketam itu selepas habis perbicaraan dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membayarnya. Dia dengan baik hati menerima ketam tersebut.

199180277 4383255521698886 8087930896922209965 n

Tular di internet, dia juga berterima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata baik buatnya.

“Ketam sangat mengenyangkan tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya tidak berkongsikan mengenai cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina,” katanya menerusi Facebook.

Bose juga memuatnaik gambar ketam yang sudah dimasak di ruangan komen.

Screenshot 2021 06 23 at 10.18.42 AM

Sumber: GMA News Online, Noel Allen Bose

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.