Connect with us

Kisah

Patutla Lama Tak Nampak Pak Hamid Berlakon

Published

on

ygcvugv

Patutla Lama Tak Nampak Pak Hamid Berlakon

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (lahir 22 Ogos 1933)[1] merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982

Seorang Askar Zaman British

Kini usia Hamid Gurkha menjangkau 88 tahun. Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, ketika negara masih lagi di bawah penjajah British, Pak Hamid menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun (1950-1957).

Semasa Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 iaitu balai polis Bukit Kepong diserang oleh 180 penganas komunis, hati beliau melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis. Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera diangkat sebagai pejuang, beliau rasa terkilan.

Note: Mat Indera seorang pemimpin melayu komunis dikatakan menentang British.

Kenapa Tak Berlakon Lagi

6914 300x207 1

DHARMA HARUN ALRASHID (KANAN) DAN HAMID GURKHA DALAM FILEM SIKIT PUNYA GILA
SCAN PUSAT MAKLUMAT
11 DISEMBER 2012

Ketika ditemuramah Pak Hamid bersyukur beliau masih lagi sihat tetapi alasan dia tak berlakon disebabkan anak-anak dah tak bagi.

Sekarang beliau banyak habiskan masa dengan berehat di rumah bersama isteri, anak, cucu dan cicit.

“Dah lama pun saya tak berlakon sebab sudah berusia dan anak-anak tak izin memandu kereta langsung. Apa lagi berlakon, mereka minta saya duduk di rumah saja bermain bersama cucu dan cicit.

“Untuk kesihatan saya, Alhamdulillah masih sihat. Syukur, tak ada penyakit. Sekarang, saya tenang rehat-rehat di rumah,” katanya.

Pak Hamid menetap di Sri Andalas Klang juga berkata rindu nak berlakon tu ada sebab berlakon tu pernah menjadi kerjayanya pada satu ketika dulu.

“Apapun, bila dah terlalu berusia lebih baik saya duduk di rumah saja. Rindu tetap ada. Sekarang pun, negara dilanda wabak penyakit dan kerajaan minta semua orang duduk di rumah.

“Saya tak bosan pun lama terkurung macam ini kerana sudah biasa. Lagi tenang dan rasa selamat,” katanya yang memiliki lapan orang anak.

Ditanya mengenai sumbangan diterima ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, Hamid berkata dia ada mendapat bantuan barangan keperluan daripada Persatuan Seniman dan pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

“Kalau ada pihak nak beri sumbangan, saya terima. Tapi, tidaklah meminta. Alhamdulillah, setakat ini masih cukup semuanya.

“Saya ucap terima kasih pada pihak yang hantar bantuan. Alhamdulillah, segala rezeki daripada Allah,” katanya.

Mengulas mengenai Ramadan, Hamid berkata dia jarang ke bazar membeli makana. Katanya, dia makan bersederhana saja.

“Saya makan nasi dan ikan masin pun boleh. Nak makan macam-macam, saya dah tak ada gigi,’ katanya.

Hamid yang mula berlakon pada 1978, pernah membintangi filem seperti Panglima Badol, Gila- Gila, Jejaka Perasan, Sikit Punya Gila dan banyak lagi.

Petua Sihat Pak Hamid

Beliau selalu amalkan ‘3 Kul’ setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas solat, saya akan baca tiga surah tersebut dan selawat ke atas Nabi SAW tujuh Kali.

Saya turut amalkan bacaan selawat nabi setiap kali mandi di waktu pagi. Ketika jirus air ke badan, saya sertakan dengan doa agar ALLAH SWT menghindarkan penyakit. Beliau juga amalkan pengambilan beras merah untuk kekal sihat sejak lapan tahun lalu. Sejak 40 tahun lalu beliau tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Minuman bergas dan berais juga dielakkan. Lebih baik berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung.

Komunis Takut Dengan Askar Melayu

Menelusuri sejenak pengalamannya sebagai anggota tentera, katanya, beliau menyertai pasukan tentera sekitar tahun 1950-an.

Waktu itu di pekan, saya lihat ramai orang berkumpul, jadi saya pun pergilah. Rupanya ada tawaran untuk sesiapa yang nak jadi askar.

“Saya disapa oleh seorang pegawai tentera berpangkat sarjan, dia tanya saya nak jadi askar tak? Memandangkan saya tak kerja, saya pun kata memang saya nak, jadi alhamdulillah saya dapat jadi seorang askar Melayu,” katanya kepada Sinar Ahad baru-baru ini.

Tujuh tahun berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja memberikan banyak pengalaman kepada dirinya.

“Sebenarnya nama saya orang panggil Hamid saja. Masa saya masuk askar, ada satu kejadian yang menyebabkan perkataan Gurkha lekat pada nama saya sampai hari ini.

“Masa saya berkawad dekat Padang Square, Port Dickson, ada jurulatih mungkin dia tak tahu nama saya, dia panggil saya Gurkha. Jadi Gurkha itu dah lekat pada nama saya sampaikan orang panggil saya Hamid Gurkha,” katanya.

6913 300x225 1

6912 300x218 1

Ramai netizen juga bertanya Pak Hamid Kenapa masih belum terima gelaran Datuk sedangkan beliau juga antara senior soldier zaman British yang masuk dalam industri lakonan sekali menunjukkan sikap idolanya kepada orang ramai.

Istilah Gurkha merujuk kepada askar dari Nepal yang berkhidmat untuk tentera British selama lebih 200 tahun.

Menceritakan pengalaman sebagai anggota tentera, kata Hamid, antara yang tidak dapat dilupakan beliau adalah peristiwa bertempur dengan pengganas komunis beberapa kali di dalam hutan.

“Komunis ni sebenarnya sangat takut dengan askar. Ini berdasarkan cerita penggnas komunis yang berjaya kami tangkap.

“Dia cerita kalau mereka jumpa askar, memang mereka akan terus lari. Seboleh-bolehnya mereka tak mahu bertempur sebab kelengkapan mereka agak uzur berbanding kelengkapan askar pada waktu itu yang lebih canggih,” ceritanya.

Menurut Hamid, beliau bersyukur kerana tidak cedera sepanjang bertempur di hutan.

Biarpun Hamid Gurkha merupakan satu nama besar dalam industri seni tanah air namun beliau tetap memegang prinsip sentiasa merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ujarnya, apa yang penting adalah sikap menghormati mereka yang lebih tua.

“Hidup ini satu saja, jangan sombong dengan orang, sapalah walaupun sekadar memberi salam, tegurlah.

“Ke mana pun kita pergi, jangan sombong dengan orang, terutama mereka yang lebih tua daripada kita. Jangan sombong, jangan hidung tinggi,” katanya mengakhiri bicara.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

6911 300x225 1

6910 300x300 1
Selamat Ulang Tahun perkahwinan Pak Mid dan Isteri Yang Ke 64 tahun, semoga pasangan ini bahagia ke jannah.. May allah bless both of you aamin

Sumber: borakviral

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending