Connect with us

SEMASA

“Pasukan Pelayaran UMT Mencipta Sejarah dengan Kelayakan ke Kejohanan FISU World Universiti Championship”

Published

on

Add a heading 31

“Pasukan Pelayaran UMT Mencipta Sejarah dengan Kelayakan ke Kejohanan FISU World Universiti Championship”

UMT

Pasukan pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mencatat sejarah yang gemilang apabila menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia yang layak untuk menyertai Kejohanan FISU World Universiti Championship di Itali.

UMT

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mustapha Sakmud , mengumumkan bahawa enam pelajar UMT, terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan iaitu Nur Muhammad Aqil Nadzri 21, Mohamad Hanif Mohd Shafiee 20, Nur Zulaikha Mohd Zafarin 21, Nur Sofea Balqis Kamal Azalan 21, Nur Ainul Izzati Zil Husham 23, dan Muhammad Faris Aiman Basri 22 yang juga ketua pasukan. Pasukan ini akan mewakili negara dalam kejohanan tersebut yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 11 Jun ini.

Pasukan Pelayaran UMT ini akan berdepan cabaran dari 16 pasukan termasuk Amerika, Belanda, Ireland, Jerman, Jepun, China dan Perancis yang semenangnya memiliki kekuatan tersendiri.

Pasukan Pelayaran ini dikatakan giat menjalani latihan empat jam sehari sebagai persiapan mereka untuk ke Itali pada 4 Jun depan.

UMT

Datuk Mustapha Sakmud, menekankan bahawa kejayaan ini bukan hanya membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, tetapi juga menunjukkan kualiti yang tinggi yang dimiliki oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.