Connect with us

SEMASA

Pakar bedah di Pusat Perubatan Universiti Maryland berjaya melakukan pemindahan jantung babi yang diubah suai kepada manusia

Avatar of kidin

Published

on

ihfvoe9uw

Pakar bedah di Pusat Perubatan Universiti Maryland berjaya melakukan pemindahan jantung babi yang diubah suai kepada manusia

Pakar bedah di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah berjaya melakukan pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada manusia. Ini merupakan prosedur pertama seumpamanya. Kedengaran mengejutkan tetapi inilah realiti yang berlaku di Maryland, Amerika Syarikat. Pesakit yang menerima jantung haiwan berkenaan adalah penduduk Mayland yang berusia 57 tahun, David Bennet.

Unknown 1 1024x683 1David Bennet (berbaju putih) bersama keluarganya.

Sebelum itu David telah disahkan menghidap penyakit jantung yang boleh membawa maut. Menurut pasukan perubatan yang memantau keadaan lelaki itu, David tiada pilihan lain melainkan menerima prosedur tersebut kerana tubuhnya tidak mampu menerima proses pemindahan jantung yang kebiasaan dilakukan.

“Ia sama ada mati atau melakukan pemindahan ini. Saya mahu hidup. Saya tahu keputusan ini merupakan satu keputusan yang tidak pasti, tetapi ini adalah pilihan terakhir saya. Saya tidak sabar untuk bangun dari katil selepas saya pulih,” ujar Bennett dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland.

Jadi bagaimana prosedur ini dilakukan?

Menurut penyelidik, prosedur itu memerlukan 10 suntingan gen unik pada jantung babi bagi mengelakkan penolakan organ itu sebaik sahaja dipindahkan ke dalam tubuh manusia.

Suntingan ini termasuk memadamkan empat gen haiwan yang bertanggungjawab untuk penolakan pengantaraan antibodi terhadap organ babi oleh manusia dan kemudianya memasukkan enam gen manusia ke dalam jujukan genom untuk penerimaan imun.

122648786 4f61f140 dec7 45bb 9f49 26492c2062b8
Dr. Bartley P. Griffith bersama David Bennet.

“Ini adalah pembedahan penting dan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ. Jumlah penderma jantung tidak mencukupi untuk memenuhi senarai panjang mereka yang berada dalam senarai penerima berpotensi,” ujar Dr Bartley P. Griffith, yang memindahkan jantung babi ke dalam pesakit melalui pembedahan.

Seorang lagi doktor pakar yang terlibat yang merupakaan salah seorang pakar terkemuka dunia dalam pemindahan organ haiwan, iaitu Dr.Muhammad M Mohiuddin mengucap rasa gembira dan syukur atas kejayaan tersebut. Katanya, “Prosedur ini merupakan prosedur yang berjaya memberikan maklumat berharga untuk membantu komuniti perubatan memperbaiki kaedah yang berpotensi menyelamatkan nyawa bagi pesakit pada masa hadapan.”

Webp.net resizeimage 1 1024x684 1
Dr.Muhammad M Mohiuddin (kanan bertopi rona gelap) ketika dalam bilik pembedahan.

Untuk rekod, pembedahan ini turut diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Kejayaan pasukan Pusat Perubatan Universiti Maryland ini menjadi satu cara baru untuk membantu penderita penyakit jantung di seluruh dunia.

sumber: Pusat Perubatan Universiti Maryland

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.