Connect with us

SEMASA

Dengan Menawarkan Gaji RM64,200 Setahun, Sebuah Syarikat di Shanghai Mencari Pekerja Profesional Hanya Untuk tidur

Published

on

Dengan Menawarkan Gaji RM64,200 Setahun, Sebuah Syarikat di Shanghai Mencari Pekerja Profesional Hanya Untuk tidur

Dengan menawarkan gaji 100,000 yuan atau (RM64,200) setahun. sebuah syarikat di Shanghai dilaporkan mencari pekerja profesional hanya untuk tidur.

Menurut laporan Beijing Morning Post, syarikat terbabit ialah pengeluar suplemen diet yang memerlukan pekerja untuk memakan produk mereka, tidur dan kemudian menulis laporan mengenai pengalaman mereka.

Bagaimanapun, ia tidak mudah seperti yang disangka kerana pekerja terbabit perlu tidur mengikut jadual yang berbeza bagi menggambarkan jadual pelbagai pekerjaan.

Satu-satunya kelayakan untuk memohon pekerjaan itu ialah minat tidur.

Menurut akhbar berkenaan, seorang penasihat karier berkata, Amerika Syarikat menjadi negara paling menguntungkan penidur profesional dengan ada dalam kalangan mereka dibayar gaji sehingga AS$300,000 (RM1.33 bilion) setahun kerana ada syarikat dan penyelidik cuba mencari jawapan kenapa sepertiga rakyat negara itu tidak dapat tidur secukupnya.

Laporan berkenaan meramalkan, lebih ramai penidur profesional akan dicari di China apabila kebimbangan orang ramai terhadap kesihatan meningkat.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!