Connect with us

Kisah

Pada Awalnya Wanita Ini Menyangka Dirinya Hamil Selepas Terasa Ada Sesuatu ‘Bergerak’ Di Dalam Perutnya Tapi, Rupa-rupanya Hasil Scan Menunjukkan Terdapat Empat Ekor Anak Ular Yang ‘Bersembunyi’ Di Dalam Rahimnya

Published

on

uf6dic6r

Pada Awalnya Wanita Ini Menyangka Dirinya Hamil Selepas Terasa Ada Sesuatu ‘Bergerak’ Di Dalam Perutnya Tapi, Rupa-rupanya Hasil Scan Menunjukkan Terdapat Empat Ekor Anak Ular Yang ‘Bersembunyi’ Di Dalam Rahimnya

Setiap wanita yang sudah berkahwin, semestinya menginginkan cahaya mata dalam hidup mereka. Namun, lain pula kisah seorang wanita ini apabila menyangka dirinya hamil tetapi selepas diperiksa keputusannya adalah negatif.

Pengalaman pahit itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikToknya.

Menurut wanita yang dikenali dengan nama Fathia ini, pada awalnya dia menyangka dirinya hamil selepas terasa ada sesuatu ‘bergerak’ di dalam perutnya. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital.

Screenshot 2021 06 09 at 10.28.48 PM
Terasa benda bergerak-gerak dalam perut

Malah, dia juga pernah melakukan scan buat pertama kalinya dan doktor memaklumkan dirinya hamil kerana dari mata kasar ianya nampak seperti ‘bayi’ tetapi ternyata bukan.

Lebih mengejutkan apabila wanita itu mendapati rupa-rupanya hasil scan menunjukkan terdapat empat ekor anak ular yang ‘bersembunyi’ di dalam rahimnya.

Screenshot 2021 06 09 at 10.28.38 PM
Anak ular!

Tidak terhenti di situ, wanita ini berkali-kali membuat pemeriksaan termasuklah melakukan ujian air kencing tetapi keputusannya masih sama iaitu negatif.

Namun selepas anak ular bersama sarangnya sudah dikeluarkan, wanita ini sekali lagi melakukan scan. Pada waktu itu, doktor memaklumkan dalam rahim wanita itu sudah ‘kosong’ dan tidak ada apa-apa.

VIDEO 1 KLIK DI SINI

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sudah menderita hampir 10 tahun angkara disihir oleh individu yang dengki dengan perniagaannya.

VIDEO 2 KLIK DI SINI

Menurut wanita ini, penyakitnya itu agak sukar diubati kerana penghantar sihir tersebut mengamalkan cara pemujaan. Difahamkan, wanita ini masih ikhtiar menggunakan cara perubatan tradisional dan moden untuk menyembuhkan penyakitnya itu.

Screenshot 2021 06 09 at 10.23.34 PM

Screenshot 2021 06 09 at 10.23.44 PM

Sumber: Nor Fatihah

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.