SEMASA
Tabik Abang Polis, OCPD Dang Wangi Menggunakan Duit Tabung Surau Balai Demi Untuk Bantu Orang Miskin

Tabik Abang Polis, OCPD Dang Wangi Menggunakan Duit Tabung Surau Balai Demi Untuk Bantu Orang Miskin
Cabaran yang dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini bukan hanya tertumpu untuk mengurangkan indeks jenayah mahupun menjaga keselamatan sempadan negara sahaja, tetapi pengukuhan pasukan keselamatan itu sendiri dalam aspek modal insan dan logistik juga merupakan elemen penting. Polis dan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Umum pengetahuan akan tugas dan fungsi bidang kepolisan dalam menjaga keselamatan negara.
Tetapi waktu kini, penangan Covid-19, pasukan keselamatan ini menunjukkan simpati dengan membantu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik ini.
Namun apa yang lebih memberi perhatian warganet ialah bantuan itu adalah hasil tabungan surau di balai berkenaan. Kisah berinspirasi ini dikongsikan oleh saudara Syahril A. Kadir melalui laman facebooknya baru-baru ini.
Keprihatinan yang ada dalam diri saya sendiri OCPD balai berkenaan tidak betah duduk berpeluk tubuh sahaja tanpa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
GUNA DUIT TABUNG SURAU BALAI BANTU ORANG MISKIN
Mulianya hati OCPD Dang Wangi ni.
Duit tabung surau IPD dia guna untuk bantuan barang dan wang tunai pada masyarakat yang daif dan susah di daerahnya. Untuk rekod, setiap kali Jumaat, dia juga yang membaca khutbah di surau masjid balai itu.
Dang wangi ni betul-betul di tengah bandaraya, ibu negara tuan-tuan… daerah di mana segala harga barang dan kos sara hidup cukup tinggi.
Dia datang dari kampung, kesusahan dan kemiskinan bukan dalam dirinya.
Alhamdulillah sempat minum-minum dengen beliau sebelum PKP dulu.
Steady anak jati Lawas, Sarawak, Asisten Komisioner Polis Mohamad Zainal Abdullah – saya salute!
Majalah ilmu: Terbaik kepada semua polis. Semoga jasa kamu hanya Allah sahaja yang membalasnya. Semoga inspirasi ini akan banyak lagi masyarakat yang mengikut turut membantu orang yang dalam kesusahan.
Sumber: Keluarga
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
SEMASA
“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”
SEMASA
Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.
“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.
Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.
Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.
Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.
Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.
“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.
Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.
Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.
Video Penuh :
SEMASA
“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”

“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”
Seorang guru wanita dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti-Parit Sikom, Pontian pada Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Jamaliah Aris, 37, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya.
Namun siapa sangka, perjalanan yang sepatutnya berakhir dengan pertemuan seorang ibu dan anak bertukar menjadi detik paling menyedihkan buat keluarganya.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain, kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios dipandu mangsa dan sebuah lori Isuzu putih yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung dengan lori berkenaan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.
Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau telah ditahan untuk membantu siasatan dan kenderaan turut disita.
Polis turut memaklumkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati lelaki itu negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam masa sama, polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak trafik IPD Pontian.
Perkongsian berita itu mengundang rasa sedih ramai netizen yang membayangkan betapa beratnya kehilangan tersebut buat anak-anak dan keluarga mangsa.
Ramai turut menitipkan doa agar roh Jamaliah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Kadang-kadang, ada insan yang keluar rumah hanya untuk melakukan rutin harian biasa.
Namun tanpa diduga, itu menjadi perjalanan terakhir dalam hidup mereka.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah


















2 Comments