Kisah
Sangat Mulia Hati Pacik Ini, Wajar Menjadi Contoh! ‘Kerana Bantuan Diterima Sangat Banyak, Disumbangkan Kembali Kepada Yang Lebih Memerlukan…’
Sangat Mulia Hati Pacik Ini, Wajar Menjadi Contoh! ‘Kerana Bantuan Diterima Sangat Banyak, Disumbangkan Kembali Kepada Yang Lebih Memerlukan…’
Dalam kehidupan ini kita semua tidak akan terlepas dari pelbagai ujian, ada yang diuji dengan kekurangan harta ada juga diuji dengan penyakit dan bermacam-macam lagi ujian. Begitulah lumrah kehidupan kita di dunia ini, yang menguji diri seseorang untuk berdepan dengan pelbagai masalah hidup. Adakah kita mampu untuk bertahan atau kerana semata2 ,emyalahkan takdir hidupnya itu?
Kisah yang dilaporkan di Harian Metro berkenaan seorang ayah yang mempunyai tiga anak termasuk seorang menghidap penyakit saraf kronik dan seorang lagi ‘sindrom down’, cukup tersentuh hati dan terinspirasi membacanya.
Walau kehidupannya diuji dengan kesempitan hidup dan anak-anak pula dengan penyakit kronik, pastinya saat ini bukanlah mudah untuk dilaluinya. Namun betapa mulianya jiwa seorang ayah ini, dia masih mampu berbahagi rezeki daripada bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak telah diagihkan selebihnya untuk membantu keluarga lain yang dalam kesusahan di musim PKP ini.
Menurut sumber, seorang bapa tunggal yang memulangkan semula sebahagian daripada 12 set barangan bantuan diterimanya antara kes menarik dikesan Sekretariat Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (MAKPEN), minggu lalu.
Setiausaha Kehormat MAKPEN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman berkata, bantuan prihatin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu diberikan kepada lelaki itu oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, lelaki terbabit mempunyai tiga anak termasuk seorang menghidap penyakit saraf kronik dan seorang lagi ‘sindrom down’ dan kedua-duanya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.
Berbahagi Rezeki
“Disebabkan bantuan diterima terlalu banyak, lelaki terbabit mengambil keputusan menyumbangkan semula kepada MAKPEN untuk diberikan kepada golongan memerlukan.
“Selain beras, lelaki terbabit menerima pelbagai barangan keperluan asas lain seperti bihun, gula, tepung, minyak masak, biskut dan sardin,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, lelaki itu kehilangan sumber pendapatan selepas tidak dapat bekerja sebagai penjual air membuatkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan untuknya sekeluarga.
Menurutnya, tindakan dilakukan lelaki berusia 54 tahun itu seharusnya menjadi contoh pada pihak lain apabila bantuan diterima hingga berlebihan sepatutnya disumbangkan semula kepada individu lain.
“Antara faktor terlalu banyak bantuan diterima lelaki terbabit ialah penyumbang menghantar bantuan tanpa pengetahuan lelaki berkenaan dan hanya meletakkan barangan dalam pagar rumahnya tanpa memaklumkan.
“Sejak sekretariat MAKPEN beroperasi bulan lalu yang bertujuan menyelaras agihan bantuan kepada golongan memerlukan, kes bapa tunggal berkenaan kali pertama ditemui dan dianggap begitu menarik sekali,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya banyak menerima kes individu memberi maklumat peribadi salah serta mengelirukan bertujuan ingin mendapatkan bantuan keperluan asas lebih daripada sekali.
Menurutnya, sekretariat MAKPEN menyediakan bantuan dengan syarat individu terbabit benar-benar memerlukan dan boleh menghubungi di talian 013 9314004.
Majalah ilmu: Semoga Allah melimpahkan rezeki buat pakcik ini. Sama-sama lah kita semua berganding bahu untuk membantu orang yang sangat memerlukan di luar sana. Semoga dengan asbab kita menolong orang kita mendapat redha Allah SWT.
Sumber : MyMetro / Keluarga
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.