Connect with us

INFO

Menu Kegemaran Di Guangdong, Sup Kala Jengking Dan Ular, Dipercayai Membantu Merawat Penyakit Darah Tinggi, Sawan Dan Penyakit Kulit

Published

on

REHETJ

Menu Kegemaran Di Guangdong, Sup Kala Jengking Dan Ular, Dipercayai Membantu Merawat Penyakit Darah Tinggi, Sawan Dan Penyakit Kulit

China terkenal dengan pelbagai sajian paling pelik dan menakutkan di dunia. Di wilayah Guandong, makanan tradisional yang luar biasa dihidangkan haiwan eksotik seperti kala jengking dan ular.

Sebenarnya makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama sebelum Barat menilai masakan ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

Tetapi di utara China, kala jengking dicucuk lidi dan digoreng sangat popular di gerai tepi jalan manakala di bahagian selatan pula, serangga dianggap menu penting dalam masakan sup yang mengandungi ketulan daging ular dan ditambah dengan rempah ratus.

Walaupun, kala jengking beracun, masakan seperti ini dianggap mampu membuang toksin di dalam badan. Malah, hidangan seperti ini perlu disediakan tukang masak berpengalaman yang tahu bagaimana untuk menyingkirkan racun supaya tidak membahayakan penggemarnya.

Satu yang anda perlu tahu, sup bukanlah digemari semua masyarakat di Guangdong dan ia dikatakan tidak sedap langsung. Menurut perubatan tradisional China, sup ular dan kala jengking dapat membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, sawan dan penyakit kulit.

Sumber ; Sinar Harian.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.