INFO
Menitisnya air mata pendakwah Ridhuan Tee, Seru Umat Islam Pertahankan Zakir Naik.

Menitisnya air mata pendakwah Ridhuan Tee, Seru Umat Islam Pertahankan Zakir Naik.
Ketika beliau menjadi panel jemputan di kangar pelris, Pendakwah, Prof. Dr. Mohd. Abdullah tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyeru seluruh Muslim serta mualaf agar bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan Dr. Zakir Naik.
Gesaan itu dibuat ketika beliau menjadi panel forum penutup Malaysia Reverts Camp Perlis 2019 di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis di sini hari ini.
Beliau meminta supaya umat Islam tidak membiarkan Dr. Mahathir berseorangan dalam berhadapan pihak-pihak yang terus mendesak pendakwah antarabangsa itu diusir keluar dari negara ini.
“Saya merayu, jangan biarkan Perdana Menteri berseorangan dalam soal ini, kita mesti bersama mempertahankan Zakir. Kalau Zakir diusir keluar, kita tidak akan jumpa dia lagi, tidak akan dengar lagi dakwahnya. Kita mesti bersuara mempertahankan Zakir,” katanya.
Tambah beliau, musuh Islam hanya mencari satu kesalahan daripada ribuan kebaikan yang dilakukan Zakir sebagai peluang untuk mengusir pendakwah tersebut keluar dari negara ini.
Katanya, ramai lagi pihak yang mengeluarkan kenyataan lebih buruk termasuk menggelarkan Melayu sebagai pendatang namun mereka terus bebas bersuara tanpa dikenakan sebarang tindakan.
“Bukalah mata semua, kalau kita tidak pertahankan Zakir, siapa lagi hendak pertahankannya. Mereka pasti akan bertepuk tangan sekiranya Zakir berjaya diusir keluar,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Ridhuan juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang membantah tulisan Jawi sedangkan mereka telah diberikan pelbagai keistimewaan selama ini.
“Hendak ajar Jawi enam muka surat sahaja itu pun mereka bantah. Golongan ini dilihat semakin celupar dan kita jangan tunduk,” katanya. – suaraperak.com
Anda dah baca jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.