Connect with us

SEMASA

Nahas helikopter Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Published

on

Joanna Felicia

Nahas helikopter Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, yang terlibat dalam nahas helikopter di TLDM Lumut, Perak, akan dikebumikan di Kampung Engkeroh Tebakang, Serian, pada 9.00 pagi hari ini. Upacara pengebumian akan dijalankan mengikut istiadat rasmi TLDM di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkeroh Tebakang.

Joanna Felicia

Pesawat C-130 TUDM membawa jasad Joanna tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada 11.54 malam sebelum dibawa ke kampung tersebut dan tiba kira-kira pukul 2.08 pagi.

Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga mendiang di kampung itu. Saudara terdekat Joanna berkata keluarga sudah berkumpul seawal 5 petang semalam untuk memberikan penghormatan terakhir.

Joanna Felicia

Christabella Liya, rakan baik mendiang, menyifatkan Joanna sebagai seorang yang baik dan mereka berkongsi banyak kenangan pahit dan manis ketika zaman persekolahan. Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter di TLDM Lumut, Perak semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Baca lagi : Anak lelaki Wan Rezaudeen Kamal tanpa henti memanggil ‘daddy’ di majlis pengebumian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.