Kisah
Mele’cur Teruk Selepas Menyelamatkan Dua Wanita Jirannya Yang Terperangkap Dalam Kebakaran, Remaja Ini Meningg4l Selepas Selamatkan Jirannya
Mele’cur Teruk Selepas Menyelamatkan Dua Wanita Jirannya Yang Terperangkap Dalam Kebakaran, Remaja Ini Meningg4l Selepas Selamatkan Jirannya
Inspirasi buat remaja lain, dianggap ‘wira negara’ kerana sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan dua orang jirannya. Meskipun baru berusia 15 tahun, sikap remaja ini yang sanggup berkorban nyawa dan melecur teruk untuk menyelamatkan orang lain.
2 Minggu Bertarung Nyawa
Dalam kejadian berlaku di Iran ini, pihak kerajaan telah memberikan penghormatan atas kematian seorang remaja yang meninggal dunia kerana melecur teruk selepas menyelamatkan dua wanita jirannya yang terperangkap dalam kediaman mereka yang terbakar.
Ali Landi, 15, meninggal dunia semalam selepas dua minggu bertarung nyawa.
Media Iran melaporkan, Ali membantu kedua-dua wanita berkenaan menyelamatkan diri dan cuba mencampak silinder gas ke luar tingkap bagi menghalang api daripada terus marak.
Remaja berkenaan meninggal dunia kerana melecur 90 peratus, kata jurucakap hospital Emam Kazem di Isfahan di mana dia dipindahkan dari kampung halamannya di Izeh. Dua jiran yang diselamatkan adalah wanita berusia 80-an dan anak perempuannya, hanya mengalami luka luaran dalam kejadian yang berlaku 9 September lalu.
Bahan Pembelajaran Sekolah
Warga Iran mengagumi keberanian remaja berkenaan dan menggesa Kementerian Pendidikan memasukkan kisah Ali dalam bahan pembelajaran di sekolah.
Kisah pengorbanan beliau juga menurut Presiden IRAN akan dimasukkan dalam bahan pembelajaran di sekolah supaya memberi inspirasi kepada generasi lain.
“Kematian tragis anak muda Ali Landi, seorang remaja yang bersemangat, sangat menyedihkan dan memilukan. Nama remaja yang berani dan bersemangat untuk menyelamatkan dua nyawa akan didaftarkan di kalangan wira negara ini,”
Presiden Iran, Ebrahim Raisi
Hari ini, gambar Ali yang sedang tersenyum menghiasi muka depan hampir kesemua akhbar utama Iran.
Sebuah video dikongsi di media sosial menyaksikan keranda yang membawa Ali dari hospital Isfahan diberi penghormatan oleh orang awam dengan iringan pancaragam tentera sebelum dikebumikan di kampung halamannya. – AFP
Semoga ditempatkan di syurga, atas asbab sanggup bertarung nyawa dan mengorbankan diri demi menyelamatkan orang lain. Layak diberi penghormatan atas nilai murni dan sikap keberanian remaja ini.
Sumber:MediaBumi
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.