Connect with us

Kisah

Melakar sejarah ketika malam ramadan pertama apabila laungan takbir solat tarawih berjemaah bergema di perkarangan Times Square, New York

Published

on

ubuvbuob

Melakar sejarah ketika malam ramadan pertama apabila laungan takbir solat tarawih berjemaah bergema di perkarangan Times Square, New York

Baru-baru ini ketika malam Ramadan pertama Ratusan warga Muslim di Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah apabila laungan takbir solat tarawih berjemaah bergema di perkarangan Times Square, New York.

Penganjur solat tarawih di Times Square tersebut berkata, aktiviti itu dijalankan di tengah-tengah jalan bandar raya adalah kerana sebab-sebab tertentu yang bermotifkan dakwah.

Jelasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh semua orang adalah nilai-nilai perpaduan dan dakwah tanpa kek3rasan. “Terdapat segelintir orang yang ‘tidak wa.ras’ dalam semua budaya dan agama, (namun) kumpulan kecil (minoriti) itu tidak mewakili majoriti. Terdapat banyak salah faham tentang Islam.

“Al-Quran adalah wahyu Allah SWT. Ia adalah wahyu terakhir yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan utusan dalam beberapa rasul sebelumnya, sama seperti Isa, Musa, kita semua saling berhubung.

Orang ramai perlu berhenti untuk mem3cah b3lahkan ag4ma Islam dan Kr!stian serta Y4hudi dan semua. Ia perlu dihentikan,” katanya, memetik CBS News.

Difahamkan, kira-kira lebih 115 hidangan berbuka puasa turut diedarkan secara terbuka di sekitar jalan 44th dan Broadway pada hari yang sama.

Jelas SQ, edaran juadah berbuka puasa itu adalah selari dengan sifat simpati dan empati yang perlu dimiliki Muslim terhadap insan lain yang tidak berkemampuan.

“Bagi umat Islam, ia bukan sekadar berpuasa. Jadi kami faham bagaimana perasaan mereka yang tidak dapat makan. Kami melakukan hal ini supaya kita semua lebih dekat dengan Pencipta kita, Allah Taala,” katanya lagi.

Sumber: siakapkeli

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.