SEMASA
Mark Zuckerberg Berkemungkinan Besar Akan Tutup Facebook Dan Instagram Di Eropah
Mark Zuckerberg Berkemungkinan Besar Akan Tutup Facebook Dan Instagram Di Eropah
Facebook dan Instagram ditawarkan secara percuma kepada pengguna di seluruh dunia. Namun, percuma itu ada makna di mana data peribadi pengguna dijadikan sebagai “bayaran”. Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan syarikat Meta itu kerana meIanggar undang-undang mereka.
Hal ini kerana, mengikut undang-undang EU, segala data pengguna perlu disimpan dan diproses di pelayan (server) Eropah.
Sebaliknya, data Facebook dan Instagram diproses di pelayan Amerika Syarikat dan Eropah yang mana ia penting untuk sasaran pengiklanan dan perniagaan bagi kedua-dua media sosial tersebut.
Dengan ini, Meta dalam kenyataan terbaru mengatakan jika mereka tidak dapat mengikut peraturan yang ditetapkan Eropah, mereka berkemungkinan besar akan menutup Facebook dan Instagram di rantau itu.
Jika dilihat, pengguna di Eropah mungkin boleh hidup tanpa Facebook. Akan tetapi, Instagram masih mempunyai pengguna yang ramai terutama dalam kalangan golongan muda.
Bagaimanapun, dengan kehadiran TikTok, remaja masa sekarang pun sudah ramai beralih ke platform baharu ini. Malah, Facebook sebelum ini turut mengakui bahawa TikTok merupakan pesaing terhebat mereka.
Sumber : Wiser
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.