Connect with us

SEMASA

Dua Beradik Ditemukan Lemas Dalam Kolam Tadahan Air Hujan

Published

on

swsvbsw

Dua Beradik Ditemukan Lemas Dalam Kolam Tadahan Air Hujan

Dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemukan lemas dalam kolam tadahan air hujan di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera.

Mangsa dikenali sebagai Nur Farisa, 10, dan Mohd. Rayan Ikram, 8, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diselamatkan orang awam naik ke tebing.

120898684 1276472412713928 4070704361321055287 n

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.05 petang dan tiba di 20 minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak bomba tiba terus melakukan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kerana mangsa tidak sedarkan diri.

120612014 1276472496047253 5202653040380617144 n

“Kedua kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambah Hafisham, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

SUMBER ; UTUSAN ONLINE

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.